Paras air Sungai Perak menurun, kawasan pertanian terjejas

IPOH – Lembaga Air Perak (LAP) sedang mengenal pasti loji rawatan air (LRA) yang terjejas di negeri ini, kata Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut beliau, ia selepas air Sungai Perak merekod penurunan ketara dengan purata 1.2 meter rendah dari paras normal.

“Stesen pam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang membekalkan air kepada tanaman padi turut terjejas.

“Status pengoperasian bagi LRA pula sedang dikemaskini dengan Lembaga Air Perak untuk mengenalpasti loji-loji rawatan air yang terjejas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, beberapa kawasan yang terjejas akibat cuaca kering juga telah dikenalpasti melibatkan daerah Kerian, Perak Tengah dan Hilir Perak yang melibatkan keluasan berjumlah 29,241 hektar.

Katanya, aktiviti rekreasi turut menerima impak dari kejadian ini yang mana menyaksikan penurunan ketara terhadap paras kolam di Taman Tasik Taiping.

Mohammad Nizar Jamaluddin

“JPS Perak telah menghantar dan mengoperasikan pam-pam bergerak di kawasan yang terkesan dengan masalah bekalan.

“Selain itu hebahan awal dibuat kepada semua pemegang taruh yang terlibat bagi langkah penjimatan bekalan air.

“Pihak NADMA juga sedang dalam usaha membantu menjalankan Operasi Pembenihan Awan dengan dibantu oleh agensi- agensi Persekutuan dan Negeri iaitu MET Malaysia, TUDM, MADA, KPKM, IADA Kerian, JPS Negeri Perak dan JPS Kerian bermula hari ini,” katanya.

Mohammad Nizar turut memaklumkan paras air Empangan Bukit Merah telah menyusut ke paras 6.05 meter pada Selasa dengan status semasa Aras Henti Bekalan Pengairan.

“Bagi langkah jangka sederhana, pelaksanaan projek bagi meningkatkan kapasiti Empangan Bukit Merah sedang dalam pelaksanaan bagi usaha meningkatkan kapasiti kolam dan seterusnya membantu mengatasi masalah sumber air demi kesejahteraan penduduk dan pesawah setempat,” katanya.

Monsun Barat Daya bermula pada Mei 2024 dan dijangka berterusan sehingga September 2024 dan sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Air Bukit Merah susut, Perak mohon pembenihan awan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI