PASAK berjaya tempatkan 4,435 anak Perak dalam industri

IPOH – Seramai 4,435 anak negeri Perak berjaya ditempatkan ke dalam industri melalui 83 Program Pembangunan Kerjaya di bawah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) sepanjang 2023 hingga tahun lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A Sivanesan berkata, kesemua mereka berjaya ditempatkan pelbagai peringkat jawatan dengan jumlah janaan ekonomi bernilai RM11 Juta.

Menurut Sivanesan, kejayaan PASAK ini, bukan hanya diukur melalui indikator ‘output’ tetapi juga diukur melalui indikator hasil untuk setiap program yang dilaksanakan.

“Fungsi utama PASAK adalah membantu Kerajaan Negeri bagi membangunkan modal insan, persediaan kerjaya, haluan kerjaya, pembangunan soft skill, peningkatan kemahiran melalui agenda TVET dan membantu industri serta pelabur dalam menempatkan tenaga kerja tempatan.

“Pelbagai program telah dilaksanakan oleh PASAK bagi tahun 2023 hingga 2025 antaranya program Pembangunan Kerjaya dengan empat program utama yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Penggulungan Perbahasan Titah DiRaja Sultan Perak pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Isnin.

PASAK berjaya tempatkan 4,435 anak Perak dalam industri
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 APRIL 2026.

Sivanesan berkata empat program berkenaan adalah jelajah kerjaya daerah yang membawa syarikat-syarikat kepada rakyat untuk ditemu duga dan Program Moh Kerja (PMK) yang dilaksanakan di Pejabat Penghulu dan di syarikat untuk ditemu duga.

Katanya, dua lagi adalah Program Latihan Kemahiran (TVET) untuk melatih anak negeri dalam bidang kemahiran melalui latihan ‘upskilling’, ‘reskilling’ dan ‘cross skilling’ serta aplikasi Talent Perak untuk penawaran kekosongan jawatan dalam talian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai itu berkata, selain itu, PASAK turut melaksanakan program pembangunan modal insan melalui program Klinik Kerjaya; Eksplorasi Kampus; Kelab Kerjaya di sekolah; Latihan Bina Insan dan Pemetaan Kerjaya.

“Sebanyak 241 program telah dilaksanakan melibatkan 19,962 anak negeri Perak sebagai persediaan ke arah keperluan dan kehendak pasaran pekerjaan semasa dan jangka panjang.

“PASAK juga memainkan peranan penting dalam menyelaras maklumat dan data lepasan
institusi anak Negeri Perak untuk diselaraskan dengan keperluan projek berkepentingan negeri,” katanya. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI