Peluasan SST tidak bebani golongan berpendapatan rendah – DPPM Perak

IPOH – Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) disifatkan sebagai langkah bersasar oleh kerajaan yang tidak membebankan majoriti rakyat, sebaliknya tertumpu kepada golongan berpendapatan tinggi.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak, Amirudin Tajudin berkata, pelaksanaan SST hanya melibatkan sektor tertentu sahaja dan memberi impak kepada golongan berkenaan.

Menurutnya, peluasan cukai tersebut tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Contohnya, sekolah antarabangsa yang kebanyakannya melibatkan ibu bapa dalam kalangan T20 akan terkesan dengan kenaikan kadar cukai melalui peningkatan yuran dan perkhidmatan berkaitan.

“Ini adalah pendekatan tepat kerajaan kerana cukai tersebut hanya dikenakan kepada pihak yang benar-benar mampu, tanpa melibatkan mereka dari golongan M40 dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 DPPM Perak yang dirasmikan Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Mohd Zolkafly Harun di Hotel Casuarina @ Meru, di sini pada Rabu.

Peluasan SST tidak bebani golongan berpendapatan rendah - DPPM Perak
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun (dua, kanan) menyampaikan Sijil Keahlian Ahli Bergabung kepada penerima pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JUN 2025.

Bermula 1 Julai ini, kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, kadar CJ kekal tidak dinaikkan ke atas barangan keperluan asas yang digunakan oleh rakyat dan kadar CJ sebanyak lima peratus atau 10 peratus dikenakan ke atas barangan pilihan dan bukan keperluan asas.

Skop CP diperluas kepada perkhidmatan baharu seperti sewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerajaan kena batalkan peluasan SST, jangan terus bebankan rakyat – DHPP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI