Pemandu treler muatan kayu lapis maut, lori terbalik

IPOH – Seorang pemandu treler maut selepas lori yang dipandunya terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Jalan Gerik-Kupang, Gerik, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 53 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Menurut beliau, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik telah menerima panggilan kejadian pada jam 8.36 malam dan bergegas ke lokasi kira-kira sejauh 25 kilometer.

“Sepasukan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Gerik tiba dilokasi pada jam 8.59 malam dan mendapati sebuah treler membawa muatan kayu lapis terpakai terbabas dan terbalik.

“Ketua operasi kemudiannya melaksanakan ‘size-up’ dan seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan memohon bantuan ‘winch’ dari sebuah lori milik orang awam untuk membuka ruang kerja operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Sabarodzi, anggota bomba menggunakan peralatan ‘hydraulic cutter’ untuk membuka ruangan kabin bagi mengeluarkan mangsa.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi disertai 10 anggota BBP Gerik itu tamat pada jam 11.21 malam. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Van bawa 9 penumpang hilang kawalan punca kemalangan maut di Gerik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI