Pendawai elektrik bebas pertuduhan benarkan pokok ganja ditanam

IPOH – Seorang pendawai elektrik terlepas daripada hukuman penjara seumur hidup selepas Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis melepaskan dan membebaskan pertuduhan ke atasnya membenarkan pokok ganja ditanam di sebuah rumah, tiga tahun lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Azizi Ayub, 37, di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh membenarkan pokok kanabis seberat 253.4 gram di mana pokok itu diperoleh secara langsung, ditanam oleh seseorang lain dalam beg plastik dan dibiarkan tumbuh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Dato Leow Yan Sip dalam daerah Kinta, sekitar jam 8.30 malam, pada 31 Julai 2023.

pendawai elektrik bebas pendawai elektrik dilepas dan dibebaskan, lelaki bebas pertuduhan ganja, tertuduh bebas pertuduhan, pendakwaan gagal buktikan kes prima facie, kes ganja di Ipoh pokok ganja ditanam kes ganja Ipoh Mahkamah Sesyen Ipoh pertuduhan ganja kes prima facie
Seorang pendawai elektrik, Azizi Ayub, 37, terlepas daripada hukuman penjara seumur hidup selepas Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis melepaskan dan membebaskan pertuduhan ke atasnya membenarkan pokok ganja ditanam di sebuah rumah, tiga tahun lalu. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 OGOS 2026

Azizi didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Menerusi keputusannya, Meor Sulaiman berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti semua keterangan daripada pihak pendakwaan dan hujah daripada pihak pembelaan.

“Mahkamah dengan ini mendapati pihak pendakwa gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, SS Pavitra manakala tertuduh diwakili peguam, Keshvinder Singh, Sukhdave Singh dan Renver Singh. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Empat pelajar universiti ditahan miliki hampir 2kg ganja

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI