Pendigitalan berteraskan syariah perlu dipandu ilmu, hukum – Saarani

IPOH – Kaedah pendigitalan dalam pengurusan hal ehwal Islam perlu dilaksanakan berteraskan ilmu, hukum dan prinsip syariah supaya kemajuan teknologi tidak menjejaskan kewibawaan institusi agama.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kecanggihan teknologi mampu mempercepatkan urusan dan meningkatkan kecekapan pengurusan, namun pertimbangan manusia harus kekal menjadi asas dalam setiap tindakan.

“Teknologi boleh digunakan untuk memudahkan urusan masyarakat, dan pada masa yang sama membantu meningkatkan kecekapan pengurusan institusi agama.

“Namun, dalam urusan agama, kecanggihan teknologi tetap perlu dipandu oleh ilmu, hukum, dan juga prinsip syariah. Teknologi boleh membantu kita bekerja dengan lebih pantas, tetapi kebijaksanaan, amanah, dan pertimbangan manusia tetap menjadi asas,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 52 penerima warga Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) tahun 2025, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Pengarah JAIPk, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

pendigitalan berteraskan syariah Keyphrase synonyms: pendigitalan pengurusan hal ehwal Islam, teknologi berteraskan syariah, pendigitalan institusi agama, teknologi dalam pengurusan Islam, pendigitalan urusan agama 5 Related keyphrases: Saarani Mohamad pendigitalan syariah teknologi dalam pengurusan hal ehwal Islam AI berteraskan syariah JAIPk pendigitalan pembantu maya berteraskan syariah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) warga Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) tahun 2025, di Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF.

Saarani berkata, perubahan cara masyarakat mendapatkan maklumat turut menuntut institusi agama menyesuaikan pendekatan, khususnya apabila persoalan berkaitan agama kini tersebar pantas menerusi pelbagai platform digital, khususnya media sosial.

“Keadaan ini menuntut institusi agama terus peka terhadap perubahan dan bersedia menyesuaikan pendekatan dengan keperluan semasa.

“Masyarakat memerlukan perkhidmatan yang cepat dan mudah dicapai, namun ketelitian, kewibawaan ilmu serta hikmah dalam setiap pertimbangan tetap perlu dipelihara,” ujarnya.

Menurut beliau, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengambil langkah awal dengan memberi pendedahan mengenai kecerdasan buatan (AI) kepada warga pentadbir agama pada tahun lalu bagi meneroka potensinya dalam memperkukuh perkhidmatan syariah.

pendigitalan berteraskan syariah Keyphrase synonyms: pendigitalan pengurusan hal ehwal Islam, teknologi berteraskan syariah, pendigitalan institusi agama, teknologi dalam pengurusan Islam, pendigitalan urusan agama 5 Related keyphrases: Saarani Mohamad pendigitalan syariah teknologi dalam pengurusan hal ehwal Islam AI berteraskan syariah JAIPk pendigitalan pembantu maya berteraskan syariah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama kakitangan dan warga kerja abatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JAIPk tahun 2025, di Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF.

Ujar Saarani, antara usaha yang diteroka termasuk pembangunan pembantu maya berteraskan syariah bagi membantu menjawab persoalan hukum asas berasaskan rujukan sahih, selain menyaring kandungan media sosial yang menyeleweng sebelum tersebar lebih luas.

Tambah beliau, usaha pendigitalan turut digerakkan melalui portal Perak Digital 2.0 yang menyediakan kemudahan e-derma menggunakan kod QR khusus untuk masjid, sekali gus menunjukkan teknologi boleh dimanfaatkan bagi memudahkan urusan masyarakat.

Mengulas lanjut Saarani berkata, keyakinan masyarakat terhadap institusi agama juga tidak boleh dipisahkan daripada aspek amanah dan integriti dalam perkhidmatan awam.

“Amanah rakyat perlu dijaga walaupun pada perkara yang dianggap kecil. Begitulah integriti dalam perkhidmatan awam.

“Ia terserlah melalui keputusan besar yang dibuat dan juga pada cara kita menggunakan masa, menjaga maklumat, mengendalikan kemudahan kerajaan serta melaksanakan kuasa yang telah diamanahkan,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JAIPk terap teknologi AI, mantap pengurusan hal ehwal Islam

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI