IPOH – Imej bandar raya Ipoh berpontensi ‘melonjak’ ke peringkat antarabanga susulan pengambilalihan Hotel Syeun (dulu dikenali dengan nama Syuen) oleh YTL Hospitality REIT (YTL REIT).
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, penambahan rantaian antarabangsa menerusi industri perhotelan itu dijangka mampu menarik pengunjung luar negara untuk singgah ke bandar raya ini.
“Dalam perniagaan hotel kita kena ada international chain (rantaian antarabangsa) pengambilalihan ini melibatkan usahasama YTL REIT dengan Marriot.
“Selain nama antarbangsa seperti Hard Rock Café, Marriot juga adalah salah satu nama besar dalam industri pelancongan.
“Bila ada rantaian antarabangsa akan ada peningkatan imej untuk bandar raya dan akan menarik lebih ramai pelancong luar negara.
“Sehubungan itu, kita berharap dua atau tiga tahun lagi, Ipoh akan jadi bandar pelancongan di peringkat antarabangsa setaraf dengan Pulau Pinang, Melaka dan Sabah,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan YTL REIT memeterai perjanjian jual dan beli bersama Syeun Hotel Bhd bagi mengambil alih Hotel Syeun bagi pertimbangan tunai RM55 juta.
Hartanah yang akan diambil alih terdiri daripada sebidang tanah pegangan pajakan dan bangunan hotel yang dibina bersama dengan asetnya, iaitu bangunan 13 tingkat dengan 290 bilik dikategorikan sebagai hotel empat bintang.
Selain itu, hartanah berkenaan akan diubah suai dan bercadang untuk dibuka semula di bawah jenama AC Hotels by Marriott. – MG Perak
Artikel Berkaitan: