Pengumuman penyasaran subsidi dibuat tiba-tiba elak peniaga naik harga barang

KUALA LUMPUR – Keputusan penyasaran semula subsidi diumumkan secara tiba-tiba bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Disebabkan itu jelas beliau, kerajaan perlu mengimbangi kesan sekiranya pengumuman awal dibuat yang menyebabkan peniaga menaikkan harga barang secara bersiri.

“Sebab itu, keputusan kerajaan adalah lebih baik dibuat apabila semuanya diselesaikan, untuk mengurangkan risiko kenaikan harga yang berkali-ali.

“Peniaga akan menggunakan itu sebagai alasan menjelang tarikh diumumkan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ronald Kiandee (PN–Beluran) yang ingin tahu jika pengumuman ‘mengejutkan’ mengenai penghapusan subsidi bahan api boleh membantu mengurangkan beban dan impak kepada negara dan rakyat.

Rafizi menegaskan, keputusan untuk melaksanakan subsidi bersasar hanya perlu disimpan dalam pengetahuan kerajaan dan perkara itu akan diumumkan sebaik sahaja sudah bersedia melaksanakan.

Pada 28 Jun lalu, Rafizi ketika diwawancara oleh media memberitahu bahawa kerajaan akan membuat dengan cara yang sama ketika mengejutkan semua orang dengan program rasionalisasi subsidi diesel.

Beberapa pihak mempersoalkan kenyataan Rafizi itu dengan ada yang mendakwa bahawa ia berkemungkinan tidak diterima baik dan akan mengundang padah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI