Pengunjung Padang Polo lega, tidak lagi berdepan isu kesesakan, kekurangan parkir

IPOH – Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini, atau dikenali sebagai Padang Polo merupakan antara lokasi tumpuan orang ramai untuk beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan.

Namun, lambakan penjaja di kawasan lot-lot parkir di situ menimbulkan sedikit keresahan kepada penduduk setempat dan pengunjung apabila mereka semakin sukar untuk menempatkan kenderaan di situ.

Rentetan itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil jalan penyelesaian menang-menang dengan menempatkan kesemua penjaja ke sebuah lokasi baharu yang berhampiran dengan taman rekreasi berkenaan dikenali sebagai Saji Sejahtera@Polo.

Kelihatan pengunjung beriadah ketika tinjauan MG Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

Tinjauan MG Perak di lokasi mendapati lot parkir yang sebelum ini menjadi tempat penjaja berniaga sudah diletakkan garisan MBI dengan dilekatkan notis larangan menjaja.

Pengunjung yang ditemui berkata ia memberi kelegaan selepas mereka kini tidak lagi berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas serta kekurangan parkir.

Kelihatan pengunjung mula dapat meletakkan kenderan di petak parkir yang disediakan selepas pihak MBI memasang meletakkan notis larangan peniaga menjaja ketika tinjauan MG Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

Pesara kerajaan, Rohaizad Mohd Tajuddin, 59, memberitahu, sejak kesemua penjaja dipindahkan ke lokasi baharu, ia memudahkan pengunjung untuk ke taman rekreasi berkenaan terutama bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti sihat.

“Sebelum ini saya akan ke sini dengan menaiki motosikal kerana berdepan dengan masalah kekurangan tempat letak kereta.

“Malah ada segelintir penjaja yang meletakkan barang-barang berniaga seperti kerusi dan meja di kawasan tempat letak motosikal.

“Kini, selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) memindahkan semua penjaja ke tapak baharu, ia memberi kelegaan kepada pengunjung yang hendak beriadah di sini,” katanya ketika ditemui MG Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, pada Isnin.

Pesara kerajaan, Rohaizad Mohd Tajuddin, 59 pada sesi temubual bersama wartawan ketika tinjauan MG Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

Di samping itu katanya, dia juga tidak mempunyai masalah selepas MBI mula mengenakan caj parkir di setiap lot tempat letak kereta di situ.

Pandangan sama turut dikongsikan suri rumah, Nor Rehan Mat, 52, apabila mengakui terpaksa ke lokasi lain untuk beriadah bersama keluarga selepas kerap berdepan dengan masalah kekurangan parkir.

Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Ipoh Padang Polo penjaja peniaga Pengunjung lega tidak lagi berdepan isu kesesakan lalu linta kekurangan parkir tempat letak kenderaan MBI majlis bandaraya ipoh PBT
Kelihatan pengunjung beriadah ketika tinjauan MG Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

“Saya pernah mengalami situasi di mana ada penjaja yang membunyikan hon kepada kenderaan saya di ruang parkir, tatkala saya sedang meluangkan masa bersama cucu.

“Penjaja itu minta saya untuk alihkan kenderaan padahal, saya telah datang lebih awal ke sini. Dan pada pandangan saya, ia tidak wajar kerana lokasi ini adalah kawasan untuk kita beriadah,” ujarnya lagi.

Pekerja MBI melakukan kerja-kerja pembersihan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh ketika tinjauan MG Perak di sana. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

Menurut Nor Rehan lagi, walaupun kesemua penjaja telah dipindahkan ke lokasi baharu, ia tidak akan membawa kepada apa-apa perubahan terhadap kunjungan orang ramai ke Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

“Tempat baharu penjaja pun tidak jauh dari sini. Malah, baik di kawasan penjaja mahupun di taman rekreasi ini, terdapat kawasan parkir,” katanya.

Suri rumah, Nor Rehan Mat, 52 pada sesi temubual bersama wartawan ketika tinjauan MG Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

Dalam pada itu, suri rumah, Ain Nabilah Roslan, 26, memberitahu, penempatan penjaja ke tempat baharu mungkin menimbulkan sedikit kesukaran kepada pengunjung yang mahu membeli makanan di situ.

Katanya, ini kerana kebiasaanya orang ramai akan mendapatkan makanan dan minuman yang dijual penjaja di kawasan lot parkir.

Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Ipoh Padang Polo penjaja peniaga Pengunjung lega tidak lagi berdepan isu kesesakan lalu linta kekurangan parkir tempat letak kenderaan MBI majlis bandaraya ipoh PBT
Suri rumah, Ain Nabilah Roslan, 26 (kiri) bersama keluarganya beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh ketika tinjauan MG Perak di sana. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

Namun, dia yang sering berkunjung ke situ bersama keluarga dari Bidor berkata, daripada sudut lain, ia memudahkan ibu bapa yang bersama anak kecil untuk mendapatkan tempat letak kenderaan.

“Sebelum ini saya dan suami terpaksa menunggu hingga setengah jam semata-mata hendak mendapatkan parkir. Dan kini, kami tidak berdepan dengan masalah itu lagi.

“Daripada sudut kebersihan pula, ia terjaga kerana mungkin sebelum ini, ada dalam kalangan pengunjung yang tidak peka dan dengan sengaja membuang sampah merata-rata selepas membeli makanan atau minuman,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dataran Nordin Tanjung Belanja Port ‘healing’ tepi sungai

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI