Perak bantu penggiat seni lebih RM1 juta menerusi DKP@Port 

IPOH – Seramai 249 penggiat seni menerima Dana Kreatif Perak @ Port (DKP) berjumlah RM1,032,500 daripada Kerajaan negeri Perak sejak ia diperkenalkan sejak lima tahun lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dana tersebut adalah satu bentuk sokongan kewangan kepada penggiat seni dan usahawan kreatif tempatan untuk menjalankan projek ataupun program berpaksikan budaya dan warisan serta kandungan tempatan.

Menurutnya, pemberian dana ini merupakan strategi serampang dua mata, selain membantu penerima menyiapkan projek, program dan penghasilan mereka.

“Menerusi pemberian dana ini iaberupaya menonjolkan kelebihan Perak sebagai negeri kreatif dengan barisan penggiat yang berbakat.

“Sumbangan penggiat seni amat penting untuk memperkayakan ekosistem budaya dan warisan negeri ini dalam bentuk pemahaman serta kemahiran.

“Melalui penyediaan sokongan kewangan, kita berharap dapat mengilhamkan generasi pencipta seterusnya menggalakkan penghasilan karya seni yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan DKP kepada penggiat seni dan usahawan kreatif negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin.

Dalam pada itu, Saarani berkata, dana itu menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan 141 permohonan namun daripada jumlah itu hanya 87 sahaja yang berjaya berpandukan kertas cadangan yang dikemukakan.

“Penyediaan jumlah dana yang semakin meningkat pada setiap tahun jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeru dalam membangunkan industri serta memperkasa imej sebagai pusat kreativiti dan inovasi seni.

“Semoga industri seni negeri Perak memberi impak positif kepada masyarakat, selain menerima pengiktirafan di peringkat nasional mahupun antarabangsa,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

IIAF 2023 kumpul 100 seniman, penggiat seni

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI