IIAF 2023 kumpul 100 seniman, penggiat seni

IPOH – People of Remarkable Talents (PORT) sekali lagi akan menganjurkan Festival Kesenian Antarabangsa Ipoh (IIAF 2023) yang bakal berlangsung bermula 2 hingga 12 Disember 2023.

Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata, penganjuran festival edisi ketiga ini akan diadakan di tiga lokasi melibatkan Atas 1 Bazar Ipoh (Silveritage), Padang Ipoh dan di PORT yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini.

Menurutnya, bertemakan “MARCAPADA: The World Today”, kira-kira 100 orang seniman dan penggiat seni dari dalam dan luar negara bakal menjayakan pelbagai program yang diatur sepanjang 10 hari itu.

“Antara program yang akan berlangsung adalah pameran seni visual kontemporari, seni performans, muzik eksperimental, tayangan filem dan video seni, bengkel-bengkel serta forum seni, selain peragaan fesyen dan persembahan konsert.

“Objektif utama penganjuran IIAF2023 adalah untuk menjadikan Ipoh sebagai salah satu kota yang mempunyai festival ‘signature’ tahunan serta mampu menarik pelancong, peminat seni, pengkaji budaya dan kolektor dari dalam dan luar negara.

“Ini selaras dengan pencapaian Ipoh sebagai satu-satunya bandar raya di Semenanjung yang disenaraikan dalam Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori Muzik baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

IIAF 2023 kumpul 100 seniman, penggiat seni dalam, luar negara
Temubual Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin. Foto ABDULLAH YUSOF.

IIAF 2023 bertemakan “MARCAPADA: The World Today” akan berlangsung pada 2 hingga 12 Disember depan.Beliau berkata, penganjuran festival tersebut turut mendapat kerjasama Balai Seni Negara, serta dengan sokongan Majlis Bandaraya Ipoh, Maju Perak Holdings dan Tourism Perak.

“Festival kali ini turut melibatkan rakan-rakan strategik seperti Filamen, Kapallorek Artspace, Projek Rabak, Groundzero Art Collective, Patani Artspace (Thailand), Kersan Art Studio (Indonesia), Italian Council (Itali), Suruhanjaya Tinggi Kanada ke Malaysia (Kuala Lumpur), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, GamonSociety dan 42nd Pictures,” ujarnya.

Nur Hanim berkata, majlis perasmian IIAF2023 dijangka disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bertempat di Aras 1,Bazar Ipoh (Silveritage) pada 2 Disember jam 8 malam.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung festival tersebut boleh menghubungi Pengurus Projek, Hanif Wafi di talian 013-482 9533. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Perak Sejahtera 2030: Ipoh bandar Muzik semarakan kesenian di Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI