Perak harap peruntukan Pusat pacu pembangunan industri, infrastruktur

LUMUT – Perak berharap kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan peruntukan pembangunan infrastruktur di kawasan perindustrian utama serta skim-skim insentif pelaburan baharu supaya negeri ini berupaya menarik lebih banyak pelaburan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, faktor kejayaan sesebuah kawasan perindustrian amat bergantung kepada jaringan perhubungan dan mobiliti yang cekap dan berkesan.

“Sebagai contoh, kejayaan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) banyak bergantung kepada keperluan infrastruktur jalan raya yang lebih lebar, jaringan rel untuk muatan dagang dan penumpang bagi menghubungkan Lumut dengan bandar-bandar utama yang lain.

“Oleh itu, kita menaruh harapan besar kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan aspek pembangunan jaringan perhubungan yang bersepadu di antara kawasan nod pertumbuhan negeri dengan bandar-bandar di negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Perak di Lumut Waterfront, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani berkata, sebagai negeri perintis peneraju industri perlombongan mineral unsur nadir bumi (REE), Perak menggerakkan pelbagai inisiatif bagi merealisasikan pembangunan keseluruhan rantaian industri tersebut bermula di peringkat Pra Huluan hingga ke Peringkat Hiliran.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri berharap supaya Kerajaan Persekutuan menyokong usaha membangunkan ekosistem industri pertengahan dan hiliran unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) bertapak di negeri Perak.

“Ini sekali gus menjadikan negeri ini sebagai hab pengeluar utama mineral, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap permohonan-permohonan yang dinyatakan, lahir daripada kepercayaan yang keyakinan yang teguh bahawa pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 mesti digerakkan sederap dengan gagasan besar Malaysia Madani.

“Kami yakin, inilah jalan yang mesti dipilih untuk membawa kemajuan yang bersifat menyeluruh dan berkelangsungan, bukan hanya kepada Perak, tetapi kepada negara secara keseluruhan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kalau betul curi, tangkap. Saya tak halang’ – PM Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI