Perak lantik 25 exco, jabatan, agensi angkat bantu pantau kontinjen SUKMA

IPOH – Kerajaan negeri Perak telah melantik 25 orang bagi membantu melicinkan persiapan kontinjen Perak yang akan menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 Sarawak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, mereka yang dilantik terdiri daripada Exco Kerajaan Negeri (sembilan), wakil jabatan dan agensi negeri (lima) dan Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negeri (MSN) (11).

Menurutnya, kesemua yang dilantik berperanan membantu bahagian pengurusan sukan serta Sekretariat SUKMA bagi menambah baik operasi dan menguruskan organisasi sukan dengan cekap dan berkesan.

Perak lantik 25 exco, jabatan, agensi angkat bantu pantau kontinjen SUKMA
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) bergambar bersama barisan ahli jabatan dan agensi pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 Sarawak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 JUN 2024.

“Rasional pelantikan ini juga adalah bagi tujuan pemantauan terhadap kontinjen Perak sebelum dan semasa SUKMA berlangsung.

“Majlis hari ini turut menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan kerajaan negeri di atas jasa dan pengorbanan atlet-atlet, penggiat-penggiat sukan dan persatuan-persatuan sukan Perak di atas perkhidmatan serta kepimpinan mereka ke arah kemajuan sukan dalam persediaan menyertai temasya SUKMA kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Exco, Jabatan, Agensi Angkat Sempena Temasya Sukma XXI (ke-21) 2024 Sarawak di perkarangan Pejabat Menteri Besar Perak pada Rabu.

Perak lantik 25 exco, jabatan, agensi angkat bantu pantau kontinjen SUKMA
Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak ketika Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 Sarawak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 JUN 2024.kontinjen

Sebelum ini, MG Perak melaporkan Perak menyasarkan sekurang-kurangnya 35 pingat emas pada temasya sukan itu yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, bagaimanapun perkara itu masih belum dimuktamadkan MSN Perak.

Namun katanya, beliau optimis skuad Perak mampu memperbaiki kedudukan sekurang-kurangnya pada tangga lima terbaik berbanding kedudukan kelapan pada edisi sebelum ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

SUKMA Sarawak: Perak mahu di kedudukan lima terbaik, sasar 35 emas

Kemelut berakhir, Perak FC setuju hantar pasukan bola sepak ke SUKMA – Exco

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI