Perak mohon perumahan generasi kedua Orang Asli

IPOH – Kerajaan Perak meminta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk mempertimbangkan cadangan pembangunan perumahan bagi generasi kedua Masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu telah diusulkan kerajaan negeri melalui Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun pada Mesyuarat Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) yang diadakan di Ibu Negara, pada minggu lalu.

Katanya, usul itu disifatkan sebagai keutamaan kerana ia sering disuarakan masyarakat Orang Asli dalam usaha memperoleh kediaman yang selesa.

Orang Asli KKDW kementerian perak saarani rumah generasi kedua masyarakat negeri kediaman perumahan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyantuni sebahagian tok batin yang hadir pada Majlis Pelancaran Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin di Galasa Caldwell, Ipoh.
Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Institut Darul Ridzuan (IDR). Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2024.

“Perkara ini bergantung kepada kewangan (diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan). Kerana sebelum ini, ada program bantuan bina baharu rumah (untuk Orang Asli) di bawah kementerian berkenaan.

“Namun, ia diperuntukkan kepada pemohon yang ada dalam senarai penerima e-Kasih. Dan sekarang ini, kita memohon (untuk inisiatif yang sama) kepada generasi kedua pula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin di Galasa Caldwell, dekat sini, pada Isnin.

Program berkenaan diadakan antara lain bertujuan menyantuni dan membimbing masyarakat Orang Asli yang masih menghadapi cabaran dalam aksesibiliti infrastruktur serta kadar kemiskinan yang tinggi.

Orang Asli KKDW kementerian perak saarani rumah generasi kedua masyarakat negeri kediaman perumahan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan anugerah Batin Paling Aktif kepada Batin Rani Bah Ulin pada Majlis Pelancaran Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin di Galasa Caldwell, Ipoh.
Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Institut Darul Ridzuan (IDR). Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2024.

Pada majlis, turut disampaikan penghargaan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbang kepada pembangunan Orang Asli, anugerah Batin aktif, anugerah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, serta anugerah khas SMK Bawong.

Terdahulu dalam ucapan, Mohd Zolkafly yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, saranan itu telah dibuat bagi membantu dan membela nasib golongan generasi kedua Orang Asli.

Justeru ujar beliau, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri diminta untuk mengenal pasti kawasan atau lot tanah rizab sesuai bagi pembangunan perumahan tersebut.

“Kita mohon agar projek untuk generasi kedua Orang Asli itu dapat segera dilaksanakan. Ini kerana, sebelum ini setiap negeri hanya diperuntukkan beberapa unit sahaja (projek bantuan perumahan).

“Antara rungutan yang sering disuarakan mereka kepada kerajaan negeri adalah masalah sesebuah kediaman yang didiami sehingga tiga ke empat keluarga,” katanya.

Orang Asli KKDW kementerian perak saarani rumah generasi kedua masyarakat negeri kediaman
Persembahan tarian sewang Orang Asli pada Majlis Pelancaran Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin di Galasa Caldwell, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2024.

Dalam perkembangan lain, Saarani meminta agar semua pihak termasuk GLC dan NGO untuk bersama-sama kerajaan dalam membantu membangunkan masyarakat Orang Asli.

“Matlamat utama adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli, selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

“Melalui pelan Perak Sejahtera 2030 dan Program Santuni Masyarakat Orang Asli, kerajaan negeri komited untuk membina masa depan yang lebih cerah bagi semua lapisan masyarakat, termasuk komuniti Orang Asli,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JAKOA pastikan orang asli tidak tercicir daripada bantuan subsidi diesel

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI