Perak pantau isu Rohingya, ambil kira keselamatan penduduk – MB

IPOH – Kerajaan Perak akan memantau segala isu berkaitan etnik Rohingya yang kebanyakannya dipercayai berada di daerah Manjung termasuk mengambil kira aspek keselamatan penduduk tempatan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,perkara itu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan negeri akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Rohingya, kebanyakkan mereka berada di Manjung. Kebanyakkannya memakai lencana UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian) namun kita tidak pasti keasliannya sebab bilangannya terlampau ramai. Tapi (etnik Rohingya) dalam pemantauan kitalah.

“Saya mengambil kira dalam mesyuarat MKN, kita mendapat maklumat berkaitan dengan itu (etnik Rohingya) dan juga keluh-kesah di kalangan orang tempatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Falak Negeri Perak di Hotel Impiana, di sini hari ini.

Mengulas sama ada kehadiran mereka menimbulkan masalah, Saarani berkata, keadaan itu perlu diberi perhatian kerana jumlah yang ramai boleh menimbulkan persepsi tertentu dalam kalangan kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menganggarkan jumlah sebenar etnik Rohingya yang berada di Perak, namun terdapat maklumat berhubung pembinaan penempatan dan sekolah oleh komuniti berkenaan.

“Saya tidak tahu, saya tidak dapat buat anggaran, tapi saya dalam maklumat, ada yang telah membina rumah walaupun tidak kuat, tidak kukuh, tapi rumah dan sekolah pun ada.

“Sebab itu kita kena lihat dalam banyak aspek, termasuk aspek keselamatan kepada penduduk tempatan,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, dilaporkan berkata, berdasarkan statistik UNHCR sehingga April 2026, terdapat 219,472 pemegang kad UNHCR di Malaysia, dengan 197,591 daripadanya warga Myanmar dan 128,200 adalah daripada komuniti Rohingya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

LKIM siasat dakwaan Rohingya punggah ikan di kompleksnya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI