Perak sedia bantu isu lesen sementara penternak kerang

BUKIT GANTANG – Kerajaan Negeri Perak bersedia untuk mengambil langkah perlu bagi membantu menyelesaikan isu pemilikan lesen pendudukan sementara (LPS) yang dihadapi pengusaha dan penternak kerang di beberapa kawasan pesisir negeri ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, masalah itu turut menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akuakultur Negeri baru-baru ini.

Katanya, kerajaan negeri mengambil maklum terhadap permasalahan yang dihadapi beberapa pengusaha kerang yang masih belum memperoleh kelulusan LPS walaupun telah lama mengusahakan ternakan itu secara aktif.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun ketika sidang media Program Pemerkasaan Persatuan Nelayan dan Kelestarian Sumber Laut di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Kerang, di Mukim Sungai Tinggi, Trong, Taiping. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 OKTOBER 2025.

“Kita telah meminta pentadbir tanah daerah supaya memperincikan hal ini untuk memastikan kesemua pengusaha kerang yang aktif ini terbela.

“Kerajaan negeri akan beri perhatian supaya mereka ini dapat memperoleh LPS bagi membantu mereka yang terkesan meneruskan penternakan tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pemerkasaan Persatuan Nelayan dan Kelestarian Sumber Laut di Jeti LKIM Sungai Kerang, Sungai Tinggi di sini pada Rabu.

lesen sementara penternak kerang Perak isu LPS Perak, lesen pendudukan sementara, pengusaha kerang Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, PENGGERAK Perak, penternakan kerang, sektor akuakultur Perak, Dasar Agromakanan Negara 2.0, LKIM Perak
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun ketika gimik perasmian Program Pemerkasaan Persatuan Nelayan dan Kelestarian Sumber Laut di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Kerang, di Mukim Sungai Tinggi, Trong, Taiping. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 OKTOBER 2025.

Hadir sama Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak, Ahmad Zulkifli Ismail; Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, L Kumaresan; Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perak (PENGGERAK), Mansor Yusof serta Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Tinggi, Abu Salim Karim.

Media sebelum ini pernah melaporkan 250 penternak kerang dasar laut daerah Larut Matang terjejas selepas mengalami kelewatan memproses LPS.

Dilaporkan perkara itu menyebabkan perusahaan mereka mengalami kerugian lebih RM500,000 sebulan ekoran berhadapan dengan kegiatan mencuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

lesen sementara penternak kerang Perak isu LPS Perak, lesen pendudukan sementara, pengusaha kerang Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, PENGGERAK Perak, penternakan kerang, sektor akuakultur Perak, Dasar Agromakanan Negara 2.0, LKIM Perak
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun melepaskan ternakan ketam nipah ketika hadir ke Program Pemerkasaan Persatuan Nelayan dan Kelestarian Sumber Laut di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Kerang, di Mukim Sungai Tinggi, Trong, Taiping. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 OKTOBER 2025.

Mengulas lanjut Mohd Zolkafly berkata, meskipun tiada tempoh masa bagi perincian permasalahan ditetapkan namun beliau yakin perkara itu akan diberi keutamaan bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik.

“Kita yakin pihak pentadbir tanah akan meneliti perkara ini dengan cepat dan cekap bagi mempercepatkan keputusan.

“Usaha ini bukan sahaja untuk daerah Larut Matang Selama (LMS) dan Kerian tetapi juga untuk kawasan lain yang terlibat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zolkafly memberitahu, Kerajaan Negeri Perak komited dalam usaha memperkukuhkan sektor akuakultur negeri termasuk melalui dua projek di kawasan setempat dengan peruntukan berjumlah RM400,000.

Kata beliau, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada PENGGERAK bagi Projek Ternakan Kerang, manakala Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Tinggi menerima RM100,000 bagi Projek Ternakan Ketam Nipah.

Tambah Mohd Zolkafly, kerajaan negeri juga sedang meneliti rancangan memperluas kawasan kebun kerang pada tahun 2026, termasuk di Bagan Datuk, LMS dan Kerian.

“Projek ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan hasil perikanan di negeri Perak. Ia merupakan antara inisiatif penting dalam menjamin bekalan makanan negara yang mencukupi dan selamat.

“Selain itu, usaha ini juga sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang menekankan aspek sekuriti makanan sebagai teras pembangunan negeri,” tambah beliau.

Terdahulu pada program, Mohd Zolkafly menyempurnakan penyerahan bantuan di bawah Program Insentif/Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan bernilai RM450,000, termasuk enjin sangkut, tong insulasi, jaket keselamatan dan peralatan lain kepada nelayan di Kerian, Matang dan Sungai Tinggi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

13 guni benih kerang berjaya dirampas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI