Perak Sejahtera 2030: Pekasam Taiping tembusi pasaran luar negara

KERAJAAN Negeri Perak memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi melalui pelbagai inisiatif menyokong serta membangunkan usahawan tempatan.

Sehingga kini, agensi kerajaan negeri iaitu Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) berjaya membantu mereka bukan sahaja mencipta peluang di pasaran tempatan, malah turut menembusi ke pasaran antarabangsa.

Sharifah Nurul Shahida Syed Abdul Rahman, 38, tidak menyangka perusahaan menghasilkan produk makanan tradisional, pekasam, kini turut mendapat tempat hingga ke Singapura, Australia, dan Arab Saudi.

Pengusaha perniagaan pekasam, Sharifah Nurul Shahida Syed Abdul Rahman menunjukkan pelbagai jenis produk serta bungkusan pekasam yang dijualnya di kilang pemprosesan pekasam Shazam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 DISEMBER 2023.

Usahawan yang berasal dari Kamunting, Taiping itu berkata, semuanya bermula apabila perniagaan katering dan restoran di bawah nama Syarikat Shazam mula terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawatan Pergerakan (PKP) pada tiga tahun lalu.

“Suami, Zamri Halid, 49, adalah individu yang mencetuskan idea kepada saya untuk terlibat dalam bidang perniagaan berasaskan kepada produk pekasam.

“Dia yang ketika itu sedang makan nasi berlaukan pekasam ikan, mencadangkan kepada saya kepada idea berkenaan. Pada mula saya agak meraguinya, sebab saya fikir bolehkah saya berjaya dalam perniagaan itu.

Pekerja Shazam melakukan kerja-kerja pembungkusan ikan kembong pekasam di kilang pemprosesan pekasam Shazam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 DISEMBER 2023.
pekasam taiping perak
Temubual Pengusaha perniagaan pekasam, Sharifah Nurul Shahida Syed Abdul Rahman di kilang pemprosesan pekasam Shazam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 DISEMBER 2023.

“Namun selepas itu, saya cuba untuk menyediakan dan melakukan promosi produk pekasam daging melalui siaran langsung pada media sosial Facebook. Saya tak sangka sambutan sangat menggalakkan,” katanya.

Sharifah Nurul Shahida berkata demikian ketika ditemui MG Perak, di kilang pemprosesan pekasam Shazam HQ, di Kamunting, Taiping, pada Jumaat.

Menurutnya, bermula dengan 1 kilogram (kg) daging, ia kemudian mencecah kepada 1 tan daging segar yang diperlukan untuk memenuhi permintaan pelanggannya dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Ikon usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, selain pekasam, Shazam kini turut mempelbagaikan produk berasaskan kepada makanan tradisi Perak antaranya, acar buah, sambal, serta daging masak hitam.

Antara produk Shazam seperti pekasam, sambal hijau ikan bilis petai dan acar buah di Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 DISEMBER 2023.
pekasam taiping perak
Pengusaha perniagaan pekasam, Sharifah Nurul Shahida Syed Abdul Rahman memantau pekerjanya menyiapkan bungkusan pekasam di kilang pemprosesan pekasam Shazam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 DISEMBER 2023.

Katanya, STeP telah banyak membantunya dari segi penyediaan kursus keusahawanan serta memperluaskan pasaran produknya sehingga ke seluruh negara.

“STeP membantu membawa produk saya ke acara-acara besar antaranya Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), Festival Islam dan Halal Antarabangsa Pulau Pinang, dan sebagainya.

“Terkini, produk saya turut dibawa ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang mana dalam acara selama tiga hari itu saya berjaya meraih keuntungan lebih RM20,000,” katanya lagi.

Pekerja Shazam melakukan kerja-kerja pembungkusan ikan kembong pekasam di kilang pemprosesan pekasam Shazam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 DISEMBER 2023.
Pengusaha perniagaan pekasam, Sharifah Nurul Shahida Syed Abdul Rahman menunjukkan cara memasak pekasam ikan loma di kilang pemprosesan pekasam Shazam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 DISEMBER 2023.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu memberitahu, pihaknya merancang untuk memperluaskan lagi pasaran produk-produknya ke seluruh dunia.

Malah beliau turut berkongsi, Shazam sedang dalam rangka kerja untuk bekerjasama dengan agensi pelancongan tempatan untuk turut menjadikan produk ‘ready-to-eat’ atau sedia dimakan dikeluarkan Shazam sebagai sebahagian daripada pek makanan untuk jemaah haji atau umrah.

Pengusaha perniagaan pekasam, Sharifah Nurul Shahida Syed Abdul Rahman (dua,kiri) bergambar bersama pekerjanya di kilang pemprosesan pekasam Shazam, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 DISEMBER 2023.

Dalam pada itu, Sharifah Nurul Shahida menyarankan agar semua pihak yang mahu melibatkan diri dalam dunia keusahawanan untuk mendapatkan bimbingan dan sokongan daripada agensi-agensi kerajaan, termasuk STeP.

“Jangan malu untuk kita bertanya kepada agensi-agensi kerajaan tentang bagaimana mereka boleh membantu kembangkan lagi perniagaan kita. Terlalu banyak inisiatif yang ditawarkan.

“Kerajaan Perak amat membantu memberi peluang dan ruang kepada usahawan tempatan untuk melangkah lebih jauh,” ujarnya lagi.

Di bawah Pelan Perak Sejahtera 2023, STeP merupakan peneraju di bawah dua daripada 18 program flagship iaitu Program Pembolehdayaan Modal Insan & Pembelajaran Sepanjang Hayat serta Membasmi Miskin Tegar 2025.-MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kerajaan negeri berhasrat setiap rakyat Perak mampu miliki rumah

MGPerak: Perak Sejahtera 2030: Pekasam Taiping Tembusi Pasaran Luar Negara

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI