Pekasam ikan loma permata Gerik

ALANG-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Peribahasa Melayu itu menjadi antara pelengkap bagi lirik lagu Mentera Semerah Padi dinyanyikan penyanyi legenda tanah air, Datuk M Nasir yang menjadi siulan ketika ini.

Ia menggambarkan situasi apabila memakan pekasam, ia hendaklah terus dihabiskan atau secara literal ia membawa maksud, sekiranya ingin melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sehingga dilakukan sehingga sempurna.

Perkataan pekasam dalam peribahasa itu merujuk kepada makanan tradisi melayu yang mana disajikan dengan menggunakan kaedah peram agar ia mampu bertahan lama.

Di Gerik, ikan loma atau nama saintifiknya ‘Thynnichthys thynnoides’ sering diproses dijadikan sebagai pekasam.

pekasam ikan loma gerik pekasam ikan loma gerik
Robaayah Ismail melakukan demonstrasi penghasilan pekasam di Kampung Bandariang, Gerik. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Ketua Kampung Bandariang, Ibrahim Che Wan, 60, berkata ikan yang banyak ditemui di sekitar Gerik itu selalu menjadi pilihan untuk jadikan pekasam dek kerana terlalu banyak tulang halus pada isinya.

Dia yang mengusahakan produk pekasam bersama isteri, Robaayah Ismail, 53, sejak lebih 10 tahun itu berkata ikan loma mudah didapati di Sungai Rui, yang bersambung dengan Sungai Perak terutama pada musim tengkujuh.

“Keistimewaan pekasam ikan loma ini kerana ia mudah untuk memenuhi permintaan disebabkan ikannya senang didapati di sekitar daerah ini.

“Kalau ikan lain, mungkin tidak banyak. Namun jika tiba pada musim tengkujuh, jumlah hasil ikan loma ini boleh dibawa naik ke darat sampai bertan-tan.

“Selain kosnya tidak terlalu mahal, kita boleh katakan ikan loma atau khususnya pekasam ikan loma ini tidak pernah putus stoknya di Gerik ini,” katanya ketika ditemui MG Perak.

pekasam ikan loma gerik pekasam ikan loma gerik
Ibrahim Che Wan, 60, (kiri) bersama isteri, Robaayah Ismail, menunjukkan cara-cara memproses pekasam ikan, di Kampung Bandariang, Gerik. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Tambahnya, acara tahunan menyauk ikan loma atau Pesta Loma yang sering diadakan di Dataran Kuala Rui, Gerik juga sering mendapat perhatian ramai.

Katanya, lebih daripada 10,000 orang dari dalam dan luar Perak telah menyertai Pesta Loma atau Fiesta Loma yang dianjurkan pada Oktober lalu.

Dalam pada itu, menurut Ibrahim, pekasam ikan loma sering mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pembeli yang menetap di Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur.

pekasam ikan loma gerik pekasam ikan loma gerik pekasam ikan loma gerik
Suasana Pesta atau Fiesta Loma yang diadakan di Gerik pada Oktober lalu. foto FB SALBIAH MOHAMED.

Malah katanya, walau dilakukan secara sampingan, jualan produk yang dihasilkan itu turut menembusi pasaran di Brunei.

Ibrahim berkata, dia juga pernah meraih nilai keuntungan sehingga mencecah ribuan ringgit dalam sebulan hasil jualan daripada pekasam ikan loma.

pekasam ikan loma gerik pekasam ikan loma gerik pekasam ikan loma gerik
Penduduk kampung menujukkan kaedah menyauk ikan loma di Sungai Rui, Gerik. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

“Jika ada sesiapa orang luar yang ingin mengusahakan produk pekasam ikan loma, kami di Gerik ini bersedia untuk menjadi pembekal.

“Memang kami mahu menjadikan pekasam ikan loma ini sebagai tarikan orang luar untuk datang ke Hulu Perak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Robaayah berkata, dia mula mempelajari proses pembuatan pekasam ikan loma selepas tinggal bersama suaminya itu di Gerik sejak lebih 30 tahun lalu.

pekasam ikan loma gerik pekasam ikan loma gerik
Ibrahim Che Wan, 60, (kiri) bersama isteri, Robaayah Ismail, menunjukkan cara-cara memproses pekasam ikan, di Kampung Bandariang, Gerik. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Anak kelahiran Pantai Remis itu memberitahu, pembuatan makanan tradisi itu tidak sukar namun ia perlu diperam sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia boleh dimakan.

“Selain ikan loma, ikan lain yang juga boleh dijadikan sebagai pekasam adalah ikan gelama dan ikan pucuk pisang,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak Sejahtera 2030: Pekasam Taiping tembusi pasaran luar negara

 

MGPerak: Pekasam Ikan Loma Permata Gerik Kini ‘Merantau’ Ke Seluruh Negara

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI