Lenggong cipta rekod Asia, hasilkan lebih 5,000 hidangan kebebe sehari

LENGGONG – Daerah Lenggong meraih satu lagi pencapaian antarabangsa apabila diiktiraf Asia Records menerusi penghasilan lebih 5,000 hidangan kebebe iaitu makanan tradisional daerah itu dalam tempoh sehari.

Pengiktirafan menerusi rekod ‘Most Servings of Traditional Lenggong Kebebe Prepared in a Single Day in 2026’ itu menjadikan Lenggong pemegang rekod pertama bagi pencapaian berkenaan.

Kejayaan itu dicapai menerusi penyertaan 300 peserta membabitkan 100 kumpulan yang menyediakan hidangan kebebe secara serentak dalam satu acara menumbuk kebebe sempena majlis penutup Dialog Antarabangsa Lenggong 2026 (LiD’26) dan Pesta Makanan Tradisional Lenggong di Dataran Lenggong, di sini, pada Ahad.

Lenggong Cipta Rekod Asia, Lebih 5,000 Hidangan Kebebe Dihasilkan Focus keyphrase: Rekod Asia kebebe Lenggong Keyphrase synonyms: - Rekod Asia makanan tradisional Lenggong - Rekod penghasilan kebebe Lenggong - 5,000 hidangan kebebe - Kebebe makanan tradisional Lenggong - Asia Records kebebe Related keyphrases (5): 1. Kebebe Lenggong 2. Rekod Asia makanan tradisional 3. Pesta Makanan Tradisional Lenggong 4. Dialog Antarabangsa Lenggong 2026 5. Makanan warisan Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah bergambar bersama peserta Asia Records Kebebe Lenggong pada Dialog Antarabangsa Lenggong di Dataran Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2026.

Acara berkenaan turut disertai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Lenggong merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Sijil pengiktirafan disampaikan Pengasas Asia Records, Datuk KK Chua kepada Shamsul Anuar dengan disaksikan Saarani.

Lenggong Cipta Rekod Asia, Lebih 5,000 Hidangan Kebebe Dihasilkan Focus keyphrase: Rekod Asia kebebe Lenggong Keyphrase synonyms: - Rekod Asia makanan tradisional Lenggong - Rekod penghasilan kebebe Lenggong - 5,000 hidangan kebebe - Kebebe makanan tradisional Lenggong - Asia Records kebebe Related keyphrases (5): 1. Kebebe Lenggong 2. Rekod Asia makanan tradisional 3. Pesta Makanan Tradisional Lenggong 4. Dialog Antarabangsa Lenggong 2026 5. Makanan warisan Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Asia Records Kebebe Lenggong pada Dialog Antarabangsa Lenggong di Dataran Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2026.

Terdahulu ketika majlis, Saarani dalam ucapan berkata, selain khazanah sejarah dan warisan arkeologi, masyarakat Lenggong turut memiliki pelbagai pengetahuan serta kemahiran tradisi yang wajar dipelajari dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Menurut beliau, kebebe dan ikan pekasam antara juadah yang cukup sinonim dengan identiti Lenggong di samping ia mempunyai potensi untuk diketengahkan sebagai produk ekonomi serta tarikan pelancongan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Dialog Antarabangsa Lenggong di Dataran Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2026.

“Dengan memberikan perhatian kepada mutu, kebersihan, pembungkusan dan pemasaran, saya percaya makanan warisan Lenggong boleh diperkenalkan ke pasaran yang lebih luas, termasuk ke luar negara, dengan tetap mempertahankan keaslian rasanya,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan perusahaan makanan tradisional itu juga mampu membuka peluang ekonomi kepada petani dan nelayan darat yang membekalkan bahan mentah.

Kebebe merupakan makanan tradisional Lenggong yang dipercayai telah diwarisi sejak ratusan tahun lalu dan dihasilkan menggunakan gabungan 13 bahan yang memberikan rasa pahit, kelat, manis, masin serta pedas.

Lenggong Cipta Rekod Asia, Lebih 5,000 Hidangan Kebebe Dihasilkan Focus keyphrase: Rekod Asia kebebe Lenggong Keyphrase synonyms: - Rekod Asia makanan tradisional Lenggong - Rekod penghasilan kebebe Lenggong - 5,000 hidangan kebebe - Kebebe makanan tradisional Lenggong - Asia Records kebebe Related keyphrases (5): 1. Kebebe Lenggong 2. Rekod Asia makanan tradisional 3. Pesta Makanan Tradisional Lenggong 4. Dialog Antarabangsa Lenggong 2026 5. Makanan warisan Perak
Peserta Asia Records Kebebe Lenggong pada Dialog Antarabangsa Lenggong di Dataran Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2026.
Proses membuat Kebebe Lenggong pada Dialog Antarabangsa Lenggong di Dataran Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2026.

Antara bahan digunakan ialah cili padi, belacan, belimbing buluh, buah cermai, jantung pisang, nangka muda, jambu batu, nanas dan kelapa muda bemban, selain garam serta gula.

Hidangan itu lazimnya disajikan ketika majlis kenduri sebagai pencuci mulut atau dinikmati pada waktu minum petang bersama minuman panas.

Dalam perkembangan sama, majlis penutup LiD’26 yang bertemakan ‘Warisan Dipelihara, Alam Dilestari, Generasi Dipelihara’ turut menyaksikan pemeteraian satu Memorandum Perjanjian (MoA), dua Memorandum Persefahaman (MoU) dan 13 Surat Niat (LoI) bersama rakan strategik dari dalam dan luar negara.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyaksikan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Budaya Lembah Lenggong bersama Universiti Putera Songkla, Kampus Pattani, Thailand pada Dialog Antarabangsa Lenggong di Dataran Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2026.

MoA dimeterai antara Lenggong Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark dengan Toba Caldera UNESCO Global Geopark.

Sementara, MoU membabitkan Akademi Budaya Lembah Lenggong bersama tujuh organisasi antarabangsa dari Indonesia dan Singapura.

Kerjasama berkenaan merangkumi bidang pendidikan, kebudayaan dan jaringan strategik antarabangsa, manakala pemeteraian LoI melibatkan organisasi dari Malaysia, Thailand, Brunei, Bangladesh dan Indonesia. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Institut Lembah Lenggong bakal diwujudkan, sasar jadi hab pelancongan pendidikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI