LENGGONG – YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Lenggong International Dialogue 2026 dan Pesta Makanan Tradisional Lenggong, diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta dif-dif kehormat.
Program itu turut menyaksikan pemeteraian memorandum dan surat hasrat bersama organisasi antarabangsa, sekali gus memperkukuh kerjasama dalam bidang geopark, warisan budaya, pendidikan dan geopelancongan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030 #SaaraniMohamad #LenggongInternationalDialogue2026





