LENGGONG – Seramai 4,617 daripada 5,332 peserta yang mengikuti Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Modular Industri anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berjaya mendapat penempatan pekerjaan.
Pengarah PASAK, Aldrin Ng berkata, pencapaian pendapatan pekerjaan pada kadar 86.59 peratus itu direkodkan menerusi pelaksanaan 289 program latihan kemahiran yang dijalankan oleh agensi berkenaan setakat ini.
Katanya, program TVET PASAK lebih tertumpu kepada kursus jangka pendek bagi memberikan pendedahan kepada peserta selain mengenal pasti bakat dan potensi mereka dalam bidang kemahiran tertentu. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030





