MGPerak: Ingkar Arahan Bersihkan Tanah Terbiar, Pemilik Boleh Didakwa

40

Pemilik lot kediaman kosong dan tanah terbiar di Perak yang gagal mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membersihkan kawasan masing-masing boleh dikenakan tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan secara berperingkat terhadap pemilik hartanah yang ingkar arahan notis pembersihan mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Menurutnya, tindakan itu termasuk pengenaan kompaun mengikut jenis kesalahan sebelum tindakan pendakwaan di mahkamah diambil. – MGPerak

#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #SidangDUNPerak #PerakSejahtera2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini