IPOH – Pembangunan sektor pelancongan dan pemodenan bandar raya Ipoh perlu dilaksanakan dengan mengekalkan identiti serta keaslian setempat, selain memastikan masyarakat tempatan tidak terpinggir daripada arus pembangunan.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata keunikan Ipoh terletak pada warisan budaya, bangunan lama serta komuniti setempat yang perlu terus dipelihara, agar kemajuan ekonomi dan peningkatan kehadiran pelancong bergerak seiring dengan peningkatan taraf hidup rakyat. – MGPerak
#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #PerakSejahtera2030





