Perak terima peruntukan RM1.06 juta laksana Komuniti Madani

IPOH – Perak menerima peruntukan RM1.06 juta daripada Kementerian Komunikasi bagi tempoh setahun untuk menggerakkan Komuniti Madani di negeri ini.

Exco Komunikasi, Multimedia Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, sebanyak 177 buah Komuniti Madani ditubuhkan meliputi 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Menurutnya, antara kriteria penubuhan komuniti tersebut termasuklah komitmen pemimpin dan masyarakat setempat; kawasan penempatan yang bersesuaian serta penglibatan masyarakat pelbagai kaun, jantina dan umur.

Perak terima peruntukan RM1.06 juta laksana Komuniti Madani
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi (tiga,kiri) menyaksikan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Perak Yosri Abu Mahsin (dua,kiri) menyampaikan watikah penubuhan rasmi 2024 Komuniti Madani RPS Banun kepada Shamsudin Adjis (dua,kanan) pada Majlis Perasmian Program Jalinan Mesra Komuniti Madani Peringkat Negeri Perak 2024 di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OKTOBER 2024.

“Peruntukan itu merangkumi pemberian geran pentadbiran sebanyak RM3,000 kepada setiap komuniti.

“Bagi Peruntukan Fasa 1 (bulan Mac hingga Jun 2024) telah disalurkan dengan berjumlah RM531,000 yang dipecahkan untuk Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Komuniti Madani sebanyak RM2,000 bagi setiap komuniti dan RM1,000 di peringkat Parlimen.

“Manakala baki peruntukan seterusnya untuk Fasa 2 (bulan Julai hingga Oktober 2024) dengan jumlah pecahan yang sama digunakan bagi komuniti tersebut untuk peringkat DUN.

“Difahamkan sehingga 9 Oktober 2024, peruntukan telah dibelanjakan dengan pencapaian pelaksanaan program sebanyak 96 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jalinan Mesra Komuniti Madani Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini pada Sabtu.

Perak terima peruntukan RM1.06 juta laksana Komuniti Madani
Peserta komuniti Madani ketika bacaan ikrar pada Majlis Perasmian Program Jalinan Mesra Komuniti Madani Peringkat Negeri Perak 2024 di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OKTOBER 2024.

Sementara itu, Mohd Azlan berkata, Komuniti Madani adalah salah satu platform penting untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih berhubung dasar serta inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, supaya sampai kepada rakyat secara berterusan.

“Komuniti ini menjadi penghubung antara kerajaan dengan rakyat adalah jentera komunikasi yang sangat penting bukan dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat serta mendapatkan maklum balas rakyat seperti keperluan pembangunan untuk disampaikan kepada kerajaan,“ ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya komuniti ini mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak hingga peringkat akar umbi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak negeri pertama terima dana SeJati Madani

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI