Perak tidak bercadang untuk bahagi kuota Ahli Majlis

IPOH – Kerajaan Negeri Perak setakat ini tidak bercadang untuk membahagikan kuota Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) lima puluh peratus melibatkan ahli politik manakala separuh lagi membabitkan golongan professional.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, di Perak kita tidak dapat mengenal pasti berapa orang ahli politik dan bukan ahli politik yang menetap di negeri ini.

“Tafsiran melibatkan ahli politik sangat subjektif. Kita agak sukar untuk mengasingkan dan mentaksirkan siapakah orang politik.

“Adakah semua yang menjadi ahli parti politik itu dikatakan orang politik? Kalau begitu ramailah. Sebab ahli UMNO sahaja ada tiga juta orang. Jadi, tiada satu tafsiran yang jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Perdana KEMAS bersama Menteri Besar Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.

Saarani berkata, kerajaan negeri tiada ‘hajat’ untuk membuat pemisahan atau menetapkan kuota Ahli Majlis kerana ia dilihat sukar untuk dipatuhi.

“Katalah kita sudah ada 50 lima orang ahli politik, lima puluh orang 50  bukan politik. Jadi, akan dengan ini bermakna tiba-tiba ada seorang lagi nak masuk, tak dibolehkan sebab kuota dah penuh.

“Pada pendapat kita tak apalah di Selangor (pembahagian kuota ahli majlis). Itu polisi negeri masing-masinglah. Cuma di negeri Perak ini, saya berpendapat kita tak akan melaksanakannya,” jelasnya.

Sebelum ini, media melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan supaya separuh daripada Ahli Majlis dalam Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) terdiri dalam kalangan golongan profesional.

Baginda berpandangan, bukan sahaja ahli politik, golongan profesional yang pakar dalam bidang tertentu juga diperlukan di dalam pembangunan sesebuah bandar. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak tubuh jawatankuasa penilai prestasi khidmat ahli majlis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI