Perak tidak pinggir pelajar miskin, sedia pelbagai inisiatif

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak pernah meminggirkan mana-mana pelajar miskin atau kurang berkemampuan daripada menerima akses pendidikan ke peringkat universiti.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, kerajaan negeri melalui Yayasan Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mempunyai pelbagai inisiatif bantuan dalam memastikan golongan itu sentiasa dibela.

Perak tidak pinggir pelajar miskin, sedia pelbagai inisiatif kerajaan negeri bantuan pendidikan universiti Khairudin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak “Belang Tarung Tiga Warna” Kontinjen Para SUKMA Perak 2024 di MH Hotel Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 SEPTEMBER 2024.

“Jika ada sebarang isu berkaitan mereka yang tidak berkemampuan (melanjutkan pelajaran), saya harap mereka dapat menghubungi Yayasan Perak atau pejabat saya (selaku Exco bertanggungjawab dalam hak pendidikan dan pengajian tinggi).

“Kita tak mahu ada kalangan anak-anak Perak yang cemerlang dalam peperiksaan awam, tetapu tidak dapat meneruskan pengajian hanya kerana masalah kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Perak ke Temasya Para SUKMA Sarawak 2024 di Hotel MH, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Kontinjen Para SUKMA Negeri, merangkap Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Perak, Nurazah Dahlan serta Pengarah MSN Perak, Mazlan Mohamad.

Perak tidak pinggir pelajar miskin, sedia pelbagai inisiatif kerajaan negeri bantuan pendidikan universiti Khairudin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak “Belang Tarung Tiga Warna” Kontinjen Para SUKMA Perak 2024 di MH Hotel Ipoh.
Turut hadir, Ketua Kontinjen Para SUKMA Negeri, merangkap Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Perak, Nurazah Dahlan. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 SEPTEMBER 2024.

Tambah beliau, di bawah Yayasan Perak, pelajar yang berada dalam keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 layak menerima insentif Siswa Yayasan Perak.

Jelas Khairudin, mereka boleh membuat permohonan bagi mendapatkan dana sekali beri untuk membolehkan pelajar berkenaan mendaftar diri sebagai mahasiswa baharu.

“Bantuan ini diberikan juga berdasarkan kepada skop pengajian pemohon, yang mana jika di peringkat sijil ada jumlah tertentu yang akan diberikan. Begitu juga bagi diploma mahupun ijazah sarjana muda.

“Sementara MAIPk pula, kita ada Baitulmal iaitu Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal). Ia menjadi tumpuan utama mahasiswa baharu mendapatkan bantuan agar mereka mempunyai ruang meneruskan pengajian,” katanya lagi.

Ujar beliau, bagaimanapun setakat ini, belum ada sebarang laporan dan aduan yang diterima berkaitan pelajar negeri ini yang berdepan kekangan pembiayaan pengajian sehingga tidak dapat mendaftarkan diri ke universiti.

Perak tidak pinggir pelajar miskin, sedia pelbagai inisiatif kerajaan negeri bantuan pendidikan universiti Khairudin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berswafoto bersama atlet para pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perak “Belang Tarung Tiga Warna” Kontinjen Para SUKMA Perak 2024 di MH Hotel Ipoh.
Turut hadir, Ketua Kontinjen Para SUKMA Negeri, merangkap Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Perak, Nurazah Dahlan. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 SEPTEMBER 2024.

Terdahulu media melaporkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan agar semua pentadbir untuk menerima masuk pelajar miskin dan daif, serta menangguhkan kutipan yuran pendaftaran daripada para penuntut tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta agar universiti-universiti untuk menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar yang tidak berkemampuan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Semua universiti diarah terima pelajar miskin, tangguh kutipan yuran- Zambry

UPSI tandatangan MoU dengan Universiti Kanazawa

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI