Perak umum BKK Raya RM1,000 kepada penjawat awam negeri

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Raya sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, insentif itu akan diterima termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.

“Buat kali pertama juga, bantuan khas itu turut dipanjangkan kepada semua 996 ketua kampung di seluruh negeri.

“Maka jumlah pengumuman BKK itu melibatkan sebanyak RM8.8 juta, dan akan memberi manfaat kepada 8,804 penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Perak bersama Penjawat Awam Negeri di Laman Seri Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Bkk raya Perak Saarani bantuan khas
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) memotong pulut kuning sempena ulang tahunnya yang ke 63 pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan, Ipoh, malam ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 MAC 2024.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; serta barisan Exco.

Pada majlis yang dihadiri 800 orang itu, Saarani menyerahkan kit Ramadan kepada ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan, serta meraikan 100 pelajar tahfiz.

Bkk raya Saarani bantuan raya khas penjawat awam negeri perak
Suasana sekitar solat maghrib berjemaah pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Perak Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan, Ipoh, malam ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 MAC 2024.

Difahamkan, bonus berkenaan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda apresiasi kerajaan negeri kepada penjawat awam.

Sebagai rekod, tahun lalu Kerajaan Perak mengumumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri, selain RM500 kepada semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak umum bonus sebulan gaji kepada semua ADUN termasuk pembangkang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI