Perak umum bonus sebulan gaji kepada semua ADUN termasuk pembangkang

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar sebulan gaji kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian BKK itu diberikan kepada 48 daripada keseluruhan 59 ADUN serta seorang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Yakinlah, apa jua ketetapan yang akan dibuat, kerajaan negeri memberi jaminan, ia akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Perak merentasi kawasan politik, agama dan kaum.

“Maka dengan itu, kerajaan negeri bersetuju untuk meneruskan peruntukan pengurusan Pusat Khidmat ADUN RM7,000 sebulan kepada 59 Pusat Khidmat.

“Dengan RM7,000 sebulan dapatlah membiayai bayaran elaun pegawai khas Pusat Khidmat masing-masing, membayar sewa pejabat, membayar bil utiliti dan lain-lain yang berkaitan dengannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2024 pada Persidangan DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Ketika mencelah, Ketua Pembangkang DUN, Razman Zakaria (PN-Gunong Semanggol) berkata, barisan ADUN pembangkang merakamkan ucapan terima kasih kepada Saarani atas pengumuman berkenaan.

“Perak dilihat telah memulakan usaha penyaluran bantuan kepada ADUN Pembangkang, dan kita lihat masalah yang dihadapi oleh rakyat boleh diselesaikan oleh ‘bapa’ kita iaitu Menteri Besar Perak.

“Amat diharap tiada lagi perbezaan dalam penyaluran bantuan dan birokrasi antara kita (kerajaan dan pembangkang), sebaliknya kita terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Selain itu, penghargaan sama turut disuarakan dua ADUN pembangkang iaitu Mohd Akmal Kamarudin (PN- Selama) dan Noor Azman Ghazali (PN-Alor Pongsu).

Ketika pembentangan Belanjawan Perak 2024 pada Jumaat, Saarani (BN-Kota Tampan) mengumumkan pemberian BKK kepada semua penjawat awam negeri pada kadar dua bulan gaji.

Saarani berkata, pemberian itu akan diterima termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO), Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta Pekerja Sambilan Harian. -MG Perak’

 

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Dewan Meriah, MB Umum Bonus Dua Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI