Projek baik pulih tanah runtuh Sungai Ruil akan disegerakan – TPM

CAMERON HIGHLANDS – Kerajaan akan menyegerakan proses perolehan dan perbelanjaan dari Kementerian Kewangan bagi membaik pulih kawasan terjejas dan cerun akibat tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, dekat sini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana tempoh pelaksaan projek itu yang diperuntukkan untuk dua tahun disifatkan terlalu lama.

“Apa yang penting oleh kerana tempoh untuk reka bentuk dan juga tempoh perolehan, serta penyiapan projek itu terlalu panjang.

“Kami akan melakukan tindakan bagi memperolehi kelulusan khas untuk memendekkan tempoh perolehan dengan kaedah-kaedah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

orang asli tanah runtuh sungai ruil cameron highlands orang asli tanah runtuh sungai ruil cameron highlands orang asli tanah runtuh sungai ruil cameron highlands
Cerun tanah yang runtuh berlaku di Penempatan Orang Asli, Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke lokasi pasca bencana Kampung Orang Asli Sungai Ruil, dekat sini, pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan, enam rumah serta tiga motosikal terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil yang berpunca daripada kejadian paip bawah tanah yang pecah.

Susulan itu, sehingga kini seramai 88 penduduk dari 17 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Kampung Orang Asli Sungai Ruil selepas diarahkan untuk mengosongkan kediaman masing-masing ekoran kejadian itu.

Ahmad Zahid menjelaskan, hasil siasatan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada November lalu, kerja baik pulih cerun yang terjejas itu melibatkan peruntukan RM3 juta.

Katanya, ia termasuk untuk kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan cerun di kawasan terjejas dan pada awalnya dijangka diselesaikan dengan penyerahan projek pada November 2025.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menanggung sepenuhnya pembiayaan kadar sewaan bulanan kepada semua mangsa yang akan ditempatkan di kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cameron Highlands yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan penempatan, bermula Februari ini.

orang asli tanah runtuh sungai ruil cameron highlands orang asli tanah runtuh sungai ruil cameron highlands orang asli tanah runtuh sungai ruil cameron highlands
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bungkusan makanan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli, Sungai Ruil, Cameron Highlands, sempena lawatan beliau ke tapak pasca bencana. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JANUARI 2024.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjelaskan, TNB bersetuju untuk menawarkan kadar sewa RM500 sebulan seunit dan mengecualikan deposit sewaan selama tiga bulan sebagaimana yang termaktub dalam terma perjanjian sewaan sebelum ini.

Selain itu, beliau memberitahu, hasil maklumat daripada JKR, struktur tanah di kawasan sekitar Kampung Orang Asli Sungai Ruil dilaporkan kukuh.

“Bagi kawasan rumah-rumah yang terjejas, jangan khuatir apabila proses untuk membaik pulih dan juga membaiki cerun ini dijalankan kelak.

“Agensi terlibat seperti JAKOA dan JKR akan sentiasa memantau kawasan sekitar bagi memastikan ia sentiasa selamat serta sebarang tindakan perlu, akan diambil dengan segera,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel berkiatan:

Tiga termasuk wanita warga emas selamat dalam insiden tanah runtuh

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI