Tiga termasuk wanita warga emas selamat dalam insiden tanah runtuh

IPOH – Tiga individu termasuk seorang wanita warga emas berdepan detik cemas dalam kejadian tanah runtuh di tepi lereng sebuah rumah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Manjoi dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, wanita berusia 73 tahun bersama dua lelaki yang berada di lokasi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, panggilan kecemasan berhubung insiden tanah runtuh itu diterima sekitar jam 4.34 petang.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Pasir Puteh bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian.

“Setibanya di lokasi mendapati tanah runtuh berlaku di tepi rumah lereng bukit yang berkeluasan kira-kira 10×80 kaki persegi.

“Anggota BBP Pasir Puteh bertindak mengosongkan rumah yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas lewat petang Selasa.

Selain menyelamatkan ketiga-tiga mangsa terbabit, beliau memaklumkan anggota bomba turut mengalihkan sebuah van yang tersangkut dalam runtuhan tersebut. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI