Pesta Sukan Sikh & Piala Gurdwara platform lahirkan bakat baharu sukan

IPOH – Temasya Sukan Tahunan Pesta Sukan Sikh dan Piala Gurdwara bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat dalam kalangan atlet, malah berperanan sebagai platform penting bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam pelbagai bidang sukan.

Kejohanan sukan kali ke-74 anjuran Majlis Sukan Sikh Malaysia dan Singapura (MSSSC) itu menghimpunkan lebih 1,000 atlet dari Malaysia dan Singapura.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah, yang berkenan mencemar duli bagi merasmikan temasya sukan berprestij tersebut.

Pesta Sukan Sikh & Piala Gurdwara platform lahirkan bakat baharu sukan
Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan Pesta Sukan Sikh dan Piala Gurdwara ke-74 di kompleks kelab Perak Sikh Union, Ipoh. Foto Syakir Yusof

Presiden Perak Sikh Union merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Gurjeet Singh Randhawa berkata, Piala Gurdwara yang dianjurkan selama lebih tujuh dekad merupakan tradisi sukan paling berprestij dan bersejarah dalam komuniti Sikh di negara ini.

Menurutnya, temasya yang berlangsung dari 3 hingga 6 Jun itu bukan sekadar platform pertandingan, malah menjadi ruang pembangunan bakat muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Antara sukan yang dipertandingkan termasuk hoki, bola sepak, bola jaring, dart, pool serta acara sukan terbaharu pickleball.

Pesta Sukan Sikh & Piala Gurdwara platform lahirkan bakat baharu sukan
Presiden Perak Sikh Union merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Gurjeet Singh Randhawa ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pesta Sukan Sikh dan Piala Gurdwara Kali Ke-74 yang berlangsung di kompleks kelab Perak Sikh Union, Ipoh. Foto Syakir Yusof

“Penganjuran seperti ini memberi peluang kepada atlet muda untuk menyerlahkan kebolehan mereka serta menjadi landasan dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat baharu yang mampu mengharumkan nama negara,” katanya ketika ditemui di kompleks kelab Perak Sikh Union, di sini.

Katanya, temasya tersebut turut memupuk nilai perpaduan, persahabatan, disiplin, ketabahan serta semangat saling menghormati dalam kalangan peserta.

Justeru, beliau berharap pesta sukan itu akan terus menjadi platform penting dalam pembangunan sukan, pemerkasaan belia serta pengukuhan perpaduan komuniti untuk generasi akan datang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pihak swasta disaran bantu perkasa pembangunan sukan negeri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI