PH, BN elak pertembungan, guna formula kerusi penyandang kekal di Sabah

IPOH – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan formula kerusi penyandang kekal bagi menentukan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, formula tersebut bermaksud mana-mana kerusi yang dimenangi oleh salah satu pihak perlu dihormati oleh rakan gabungan.

Menurutnya, ini bagi mengelakkan berlaku pertembungan antara kedua-dua pihak pada PRN tersebut.

“Prinsip asas yang kita capai antara PH dengan BN, bahawa kita mesti mengikut penyandang kerusi di kawasan tersebut.

“Kalau mana-mana kerusi yang pihak mereka (BN) menang, sudah tentu PH kena hormat bahawa itu kerusi yang akan ditandingi oleh rakan kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Perak Ke-23 di Hotel Kinta Riverfront di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

PH, BN elak pertembungan, guna formula kerusi penyandang kekal di Sabah
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Perak Ke-23 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh.

Anthony berkata, prinsip yang sama turut perlu diamalkan oleh BN terhadap kerusi yang disandang oleh PH bagi memastikan rundingan dan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat berjalan lancar serta kukuh.

“Di peringkat Sabah ini memang kita rasa perlu diadakan. Saya yakin bahawa kalau formula ini dapat kita hormati dalam perundingan dan kerjasama antara PH dan BN ini dapat diperkasakan dan diperkukuhkan untuk masa yang lebih panjang,” ujarnya.

Mengulas mengenai isu pengkhianatan yang berlaku pada PRN Sabah sebelum ini, beliau menjelaskan DAP mempunyai peruntukan jelas dalam perlembagaan parti untuk menangani perkara tersebut.

“Memang dalam parti kita sudah ada klausa dan dalam pelembagaan parti memang ada peruntukan.

Jika seseorang itu mengkhianati parti dan dia dah menang atas keahlian parti, kalau dia lompat ke parti lain, maka kita boleh mengatakan bahawa mereka telah hilang kelayakan sebagai ahli parti,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa mereka yang melompat parti akan kehilangan kerusi sekiranya tertakluk di bawah Akta Anti Lompat Parti sama ada di peringkat negeri atau Parlimen.

“Apabila hilang kelayakan sebagai ahli parti, dalam mana-mana negeri dan juga di peringkat Parlimen yang ada Akta Anti Lompat Parti, mereka akan hilang kerusi mereka.

“Maka pilihan raya kecil perlu diadakan. Di negeri Sabah juga ada akta tersebut. Jadi kita tidak rasa gusar tapi kita juga yakin kepada pemimpin-pemimpin pelapis kita di Sabah,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

BN, PH Johor tanding sendiri, lepas PRN runding tubuh kerajaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI