PKR setuju terus perkukuh hubungan kerjasama UMNO, BN

IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk terus memperkukuhkan hubungan kerjasama antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang kini bersatu di bawah Kerajaan MADANI.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan parti yang diadakan semalam.

“Semalam kita mengadakan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan dan kita bincang hala tuju parti.

“Tentunya keputusan kita untuk menyatakan hubungan kita dengan UMNO, BN di semenanjung harus diteruskan dan harus lebih akrab lagi,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Negeri Perak di Hotel Kinta Riverfront, di sini pada Ahad.

PKR setuju terus perkukuh hubungan kerjasama UMNO, BN
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak yang hadir pada Majlis Perasmian Konvensyen Keadilan Negeri Perak di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 OKTOBER 2024.

Hadir sama, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak; Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan tidak menolak kemungkinan akan menyegerakan pemilihan parti.

“Jadi kita harus melihat kemungkinan menyegerakan pemilihan parti tetapi tidak dengan cara yang lalu, yang hiruk pikuk, kacau bilau. Ini kena ikut peraturan yang lebih teliti dan ini kita sedang kaji.

“Cuma keputusan kita harus disegerakan pemilihan. Saya tidak setuju untuk menangguhkan kerana pilihan raya masih lambat lagi

“Bila ada pemilihan, Presiden pun boleh dicabar, tapi itulah namanya musyawarah bagi ruang kepada anggota memberikan pandangan mereka,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, urusan dalaman parti perlu melihat keperluan membina generasi dan memberi peluang kepada anak-anak muda.

“Jadi lebih baik kita urus parti supaya parti itu memberi ruang kepada tenaga baru boleh berganding dengan tenaga lama yang lebih senior,” ujarnya.

Beliau berkata, perkara itu akan dihuraikan Setiausaha Agung PKR yang baharu, Fuziah Salleh dalam perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya Dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia, William Leong Jee Keen. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Saya tak peduli, serik, kecaman dan sindiran – Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI