PM Anwar ucap tahniah, doa urusan jemaah haji Malaysia dipermudah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada jemaah haji Malaysia yang terpilih bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, tahun ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Anwar menzahirkan rasa syukur atas keberangkatan kumpulan jemaah ke Tanah Suci bermula awal pagi tadi.

“Sesungguhnya, ibadah haji adalah perjalanan agung yang menuntut pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan,” kata beliau menerusi hantaran itu.

Selain itu, Perdana Menteri turut mendoakan agar segala urusan jemaah dipermudah, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci.

“Mudah-mudahan seluruh jemaah dikurniakan haji mabrur yang tiada balasan melainkan syurga, serta pulang ke tanah air dengan membawa keberkatan, keinsafan dan semangat untuk menjadi hamba Allah SWT yang mukhlisin,” kata Anwar.

Sebanyak 31,600 jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadah haji tahun ini dengan kumpulan pertama terdiri daripada 284 orang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 4.05 pagi tadi menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050.

Penerbangan terakhir membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci adalah pada 20 Mei ini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI