Polis Manjung lupus barang kes nilai RM1.16 juta

MANJUNG – Polis melupuskan sebanyak 12,937 barangan kes di Daerah Manjung yang bernilai RM1.16 juta bagi tempoh dari tahun 2021 hingga 2023, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kesemua barang kes tersebut melibatkan tiga kategori kes iaitu bitcoin, barangan kontraban tanpa cukai melibatkan rokok serta perjudian.

Kata beliau, pihaknya telah mendapat arahan pelupusan kesemua barangan kes itu selepas ia dirujuk daripada mahkamah dan pejabat timbalan pendakwa raya.

Polis Manjung lupus barang kes jenayah perjudian bitcoin rokok cukai Manjung Polis Polis Manjung lupus barang kes jenayah perjudian bitcoin rokok cukai Manjung Polis
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berucap pada Majlis Perlupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 JANUARI 2024.

Menurut Mohamed Nordin, barangan rampasan yang dilupuskan itu melibatkan 254 kertas siasatan yang telah selesai tindakan pendakwaan di mahkamah.

“Pelupusan barangan kes melibatkan antaranya 1,063 mesin bitcoin; lebih 11,000 karton rokok pelbagai jenama serta 284 alat elektronik seperti telefon bimbit.

“Ia dilakukan secara kaedah pelupusan terjadual iaitu secara e-sisa dan sisa pepejal di bawah Jadual Pertama, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, yang berkuatkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelupusan Barangan Kes Bahagian Siasatan Jenayah Siri 1/2024 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, pada Selasa.

Polis Manjung lupus barang kes jenayah perjudian bitcoin rokok cukai Manjung Polis Polis Manjung lupus barang kes jenayah perjudian bitcoin rokok cukai Manjung Polis
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah (tiga, kanan) memasukkan peralatan elektronik di dalam bekas pelupusan pada Majlis Perlupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 JANUARI 2024.

Ia turut disaksikan Majistret Mahkamah Seri Manjung, Nurul Izalina Rajaai serta Timbalan Pendakwa Raya Perak, Mohd Hairol Jemain.

Selain itu, Mohamed Nordin berkata, proses pelupusan barang-barang kes itu dilakukan syarikat berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar, serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Polis Manjung lupus barang kes jenayah perjudian bitcoin rokok cukai Manjung Polis Polis Manjung lupus barang kes jenayah perjudian bitcoin rokok cukai Manjung Polis
Jentera penggelek jalan melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, rokok dan mesin bitcoin bernilai kira-kira RM1.16 juta bagi tempoh dari tahun 2021 sehingga 2022, pada selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 JANUARI 2024.

“Polis Manjung telah menjalinkan kerjasama bersama syarikat utiliti iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan agensi pemegang taruh bagi membenteras kes–kes kecurian elektrik melalui kegiatan melombong bitcoin.

“Pelupusan barang kes yang selaras dengan undang-undang dan SOP memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak agar tiada sebarang penyalahgunaan kuasa dan ketirisan berlaku,” ujarnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis Perak lupus dadah pelbagai jenis bernilai RM2.1 juta

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI