Polis rampas air, daun ketum nilai RM41,000

IPOH – Polis berjaya menumpaskan kegiatan menjual air ketum melalui rampasan daun dan enam air ketum dianggarkan bernilai RM41,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya, dekat sini, pada Jumaat.

Serbuan sekitar jam 12.10 tengah malam itu, polis menahan enam lelaki tempatan yang berumur antara lingkungan 24 hingga 42 tahun.

Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam serbuan sama, polis merampas 10 tong ais yang mengandungi 3,000 bungkusan air ketum.

Katanya, pihak polis turut merampas 350 kilogram bungkusan plastik mengandungi daun ketum, tiga unit tong gas serta dua unit periuk.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek, hanya seorang didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati seorang suspek pernah ditangkap atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1983, sementara seorang lagi pernah ditahan di bawah Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Abang Zainal Abidin, hasil siasatan juga mendapati aktiviti penjualan air ketum berkenaan dipercayai aktif sejak tahun 2022.

Ujar beliau, jumlah bekalan air ketum yang dirampas juga dipercayai untuk pasaran sekitar kawasan Ipoh.

“Dianggarkan jumlah air ketum yang dirampas boleh dibekalkan kepada lebih 3,000 orang penagih ketum,” kata beliau.

Menurut Abang Zainal Abidin, kesemua suspek direman tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dua anggota polis salah guna dadah, ketum digantung kerja

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI