Reman suspek kes bakar kediaman Koo Ham disambung sehari lagi

MANJUNG – Reman ke atas lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, disambung sehari lagi.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Izalina Rajaai di Mahkamah Majistret Ipoh sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, suspek terbabit ditahan reman selama lima hari sejak 12 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan: 

Pada 10 Januari lalu, kediaman Penasihat DAP Perak yang terletak di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar terbakar menyebabkan kereta Mercedes Benz E300, Honda CRV dan Toyota Hilux rosak.

Dalam kejadian sekitar jam 2.55 pagi itu, siling dan bumbung garaj kediaman itu turut terbakar.

Siasatan polis kemudian menemui molotov cocktail di lokasi kejadian dan mengesahkan terdapat perbuatan khianat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Laporan siasatan kebakaran kediaman Koo Ham diperoleh minggu ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI