Polis siasat dakwaan kegiatan perjudian di Taiping, Bukit Gantang

SUNGAI SIPUT – Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan kegiatan perjudian di beberapa premis di Taiping dan Bukit Gantang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin memaklumkan, pihaknya telah mendapat maklumat berhubung kegiatan tersebut malah ada di antara premis yang sudah dikenakan tindakan.

“Kita akan membuat siasatan dalam hal ini. Ada premis-premis ini sebenarnya memang kita sudah ambil tindakan pun sebelum ini.

Polis siasat dakwaan kegiatan perjudian di Taiping, Bukit Gantang
Hantaran di Facebook Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie yang mendakwa terdapat premis menjalankan kegiatan judi dalam talian (online) di sekitar Taiping dan Bukit Gantang.

“Sekiranya kita buat pemeriksaan dan masih lagi berlaku (kegiatan perjudian), kita akan ambil tindakan,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hantaran di Facebook oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie, yang membangkitkan perkara tersebut.

Mohammad Sollehin menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan berkenaan dan menjelaskan perkara itu sekiranya maklumat tersebut tidak benar, atau menutup premis terbabit serta mengambil tindakan sekiranya kegiatan perjudian haram didapati berlaku. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rumah kedai kosong jadi ‘lombong’ Bitcoin haram

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI