Polis tahan 41 lelaki, lumpuhkan sindiket judi sabung ayam di Batu Gajah

BATU GAJAH – Polis berjaya melumpuhkan sindiket perjudian sabung ayam dengan menahan 41 lelaki, termasuk seorang warga Indonesia, dalam serbuan di sebuah rumah pondok di kawasan kebun Papan Durian Valley, Papan, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan sekitar jam 7 malam itu dilakukan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan bantuan Bahagian D9 JSJ IPK Perak, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak.

Menurutnya, antara yang ditahan ialah seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun yang mengaku sebagai penganjur dan pemilik premis berkenaan.

“Polis turut menahan dua individu lain yang dipercayai bertindak sebagai pengadil dan pembantu penganjur,” katanya dalam kenyataan mala mini.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan serta wang tunai berjumlah RM114,211 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti perjudian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kegiatan perjudian sabung ayam itu dipercayai telah beroperasi sejak awal tahun ini, dengan kadar pertaruhan mencecah sehingga RM20,000 bagi satu pusingan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953, Seksyen 32 Akta Kebajikan Haiwan 2015 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis Manjung lupus barang kes judi, bitcoin, seludup rokok bernilai RM2.95 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI