Polis tahan ibu bapa Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR – Polis menahan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Difahamkan pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Puncak Alam, Selangor, pagi semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan itu dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.

Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI