PPANPk julung kali anjur Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak Perak

IPOH – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) buat julung kali menganjurkan Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak Perak bertujuan mengembangkan pengkaryaan sastera dan seni kanak-kanak termasuk remaja di negeri ini.

Pengarah PPANPk, Rafidah Abdul Aziz berkata, pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang festival antaranya permainan interaktif, pertandingan dan persembahan, bengkel dan perkongsian ilmu serta sesi bercerita bersama storyteller terkemuka Malaysia.

Katanya, turut diadakan demonstrasi kraftangan Perak, jualan buku, petting zoo dan pelbagai aktiviti lain yang mampu memberi impak positif kepada kanak-kanak di negeri ini sebagai platform bagi mendorong mereka untuk menjadi lebih proaktif dan inovatif.

Tambahnya, program tersebut turut membantu merealisasikan hasrat kerajaan negeri dalam 18 Flagship Perak Sejahtera iaitu Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

“Objektif utama penganjuran program ini adalah sebagai ‘one stop center’ dengan menghimpunkan storyteller, penggiat industri perbukuan kanak-kanak, cendekiawan, seniman, kanak-kanak, guru-guru, ibu bapa dan penjaga.

“Selain itu, ia turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai bidang baru tanpa sebarang bayaran ataupun hanya bayaran minimal.

“Penganjuran festival ini juga secara tidak langsung menyemarakkan lagi kegunaan perpustakaan terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan remaja,” katanya.

PPANPk julung kali anjur Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak Perak
Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin bersama pelajar, guru dan pengunjung yang hadir pada Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak Perak anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak di Ipoh pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian festival itu di pentas utama PPANPk di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Rafidah berkata, program tersebut turut membantu meningkatkan amalan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak dan generasi muda melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

“Semangat perpaduan antara kaum tanpa mengira bangsa, agama dan latarbelakang keluarga juga dapat dipupuk melalui program seperti ini,” jelasnya.

Terdahulu, isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin menyempurnakan gimik perasmian festival tersebut yang berlangsung di pentas utama PPANPk.

Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak Perak berlangsung mulai hari ini sehingga esok menyediakan 14 ruang dalam dan luar bangunan perpustakaan tersebut.

Penganjuran festival ini turut mendapat kerjasama sepenuhnya melalui sinergi kolaboratif antaranya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Fakulti Pengajian (Sains Maklumat) Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam; Jabatan Pendidikan Negeri Perak; Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perak dan Jabatan Perpaduan Integrasi Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bantuan makanan Percuma TCS diteruskan, peruntuk RM2.67 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI