Premis sorok minyak masak subsidi, jual kepada orang tertentu diserbu

TAIPING – Padah menyembunyikan minyak masak subsidi untuk dijual kepada pelanggan tertentu, sebuah premis di Batu Kurau di sini, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Taiping, semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan itu telah menemui sebanyak 140 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi peket 1kg bernilai RM350 disimpan di stor simpanan barang.

Menurutnya, operasi jam 11.50 pagi itu dilakukan hasil maklumat dan aduan orang awam yang tidak berpuas hati kepada peniaga yang menjual minyak masak peket 1kg bersubsidi kepada orang tertentu.

“Berdasarkan maklumat tersebut, satu tindakan uji beli melalui Ops Samar telah dilaksanakan dan hasilnya mendapati pekerja premis memaklumkan bahawa minyak masak peket telah habis dijual.

“Curiga dengan jawapan pekerja premis tersebut, satu pemeriksaan lanjut dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa beruniform serta menemui sebanyak 140 kg minyak masak peket 1kg bernilai RM350 yang disimpan di stor simpanan barang.

“Sehubungan itu, kesemua 140kg minyak masak peket berserta beberapa dokumen berkaitan kerana disyaki secara palsu menafikan mempunyai barang kawalan berjadual iaitu minyak masak peket 1kg dalam milikannya disita,“ katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah akta Kawalan Bekalan 1961. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sorok minyak masak subsidi, jual harga lebih mahal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI