PRK Ayer Kuning: PKR yakin rakyat pilih PH-BN berdasarkan prestasi baik kerajaan Perak

IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak yakin prestasi baik kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad mampu menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Timbalan Ketua Penerangannya, K Novinthen berkata, kepimpinan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya memperkukuh komitmen mereka terhadap kemajuan, kestabilan dan pembangunan inklusif rakyat di Perak.

Menurutnya, dasar inklusif dan pendekatan seimbang dalam tadbir urus gabungan itu telah diterima baik merentasi garis kaum serta berjaya membina kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan rakyat.

“Saya optimis bahawa pengundi Melayu yang mengutamakan kestabilan dan tadbir urus berkesan, akan mengiktiraf komitmen serta terus memberi sokongan kepada gabungan PH-BN.

“Sementara itu, komuniti Cina, yang menghargai kestabilan ekonomi dan tadbir urus yang baik, dijangka menyokong dasar pragmatik gabungan PH-BN.

“Bagi komuniti India, gabungan PH-BN sentiasa berusaha dalam memperkasa golongan terpinggir jelas melalui dasar-dasar yang bertujuan meningkatkan akses kepada pendidikan, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan negeri juga seiring dengan penekanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap usaha memerangi rasuah serta menggalakkan pelaburan asing yang selari dengan aspirasi masyarakat perniagaan.

Dalam pada itu, beliau turut mengiktiraf sumbangan positif Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan yang sering berusaha dalam menangani isu-isu tempatan, memastikan penyampaian perkhidmatan asas, dan memupuk perpaduan di kalangan komuniti yang pelbagai di kawasan tersebut.

“Keupayaan beliau untuk bekerjasama demi manfaat rakyat selari dengan visi PH-BN untuk kemajuan inklusif dan tadbir urus berkesan.

“Calon kami yang bakal diumumkan akan mencerminkan prinsip-prinsip ini, berdedikasi untuk berkhidmat kepada rakyat dan menangani kebimbangan harian mereka daripada tekanan kos sara hidup hingga kepada pembangunan infrastruktur tempatan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

BN mungkin umum calon PRK Ayer Kuning lebih awal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI