PRK Ayer Kuning: Saravanan yakin pengundi muda memihak BN

TAPAH – PartiBarisan Nasional (BN) yakin sebahagian besar pengundi muda akan memberi undi kepada calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan diadakan nanti.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, keyakinan itu dizahirkan apabila gerak kerja jentera parti selama ini sentiasa memberi fokus terhadap kebajikan dan sumbangan kepada golongan itu sejak di peringkat sekolah.

Katanya, bagaimanapun jentera parti terutama Pemuda BN akan diminta untuk terus mengadakan pelbagai program untuk terus mendekati kelompok hampir 14,000 pengundi itu.

“Nasib baik Pemuda BN Parlimen Tapah sentiasa mengadakan program-program untuk golongan muda di sini.

“Saya berani sebut kita mula menyampaikan pelbagai sumbangan kepada golongan muda sejak dari Tingkatan Lima lagi.

“Namun, saya telah minta untuk agar pemuda BN memperbanyakkan program mendekati golongan itu sempena Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Masyuarat Jawatankuasa BN Tapah di Bangunan UMNO Tapah, pada Isnin.

Hadir sama Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tapah, Khairul Azmi Ghazali serta Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Dalam pada itu, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, pihaknya juga menaruh keyakinan terhadap sokongan pengundi Melayu yang akan memberi sumbangan kepada kemenangan parti itu di kerusi DUN Ayer Kuning.

Kata beliau, sokongan pengundi Melayu terhadap BN di DUN yang berada di bawah Parlimen Tapah itu sejak empat siri pilihan raya sebelum ini telah menjadi ia sebagai kubu kuat BN.

“Hubungan yang dijalinkan antara pemimpin BN dengan pengundi Melayu di sini sangat rapat dan sentiasa aktif dalam mana-mana program.

“Justeru kita yakin, kita akan memperoleh mandat yang sewajarnya daripada pengundi Melayu,” katanya.

Kerusi DUN Ayer Kuning kosong susulan kematian penyandang, Ishsam Shahruddin, 59 tahun, selepas menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, akibat serangan jantung, pada 22 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi, menewaskan empat calon lain masing-masing dari PH, Perikatan Nasional, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Tanah Air.

Ishsam dari UMNO memperoleh 9,088 undi diikuti Mohd Nazri Hashim (AMANAH) mendapat 6,875 undi, Muhammad Noor Farid Zainal (PAS) (6,812 undi), K Bawani dari PSM (586 undi) dan Maziah Salim dari Parti Pejuang Tanah Air (105 undi). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Calon PRK Ayer Kuning: UMNO kenal pasti enam nama

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI