PRK enam Parlimen: ‘War room’ UMNO Perak sentiasa bersedia

LUMUT – ‘War room’ UMNO Perak sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah sebagai persediaan awal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu, kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam, hanyalah sekadar peringatan bagi parti berkenaan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jadi apa yang disebut Datuk Ahmad Maslan itu hanyalah peringatan.

“Sebenarnya peringatan untuk buka ‘war room’ bukan hanya untuk enam parlimen ini sahaja tetapi nak pergi PRU 16 yang tidak lama lagi dan sentiasa ada ‘war room’ sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Lumut Maritime Terminal 2 (LMT 2) di Segari, di sini, pada Selasa.

Artikel Berkenaan:

Pindaan Perlembagaan Bersatu Balasan Allah – Ahmad Zahid

UMNO, BN hasrat letak calon jika PRK  – Ahmad Zahid

Mengulas mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua Parlimen di Perak, Saarani berkata, beliau melihat perkara berkenaan memakan masa ekoran perlu melalui beberapa proses termasuk di Mahkamah.

Ujar beliau, ini kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu menghantar laporan pindaan perlembagaan partinya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terlebih dahulu sebelum keputusan dikeluarkan.

“Kalau ikutkan kenyataan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Ahli Parlimen Bukit Gantang) enam orang berkenaan akan membuat petisyen di mahkamah.

“Jadi mahkamah akan bersidang dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan kemudian ke Mahkamah Persekutuan, maka panjang lagi ceritanya,” kata beliau.

Semalam media melaporkan Ahmad Maslan menyaran UMNO untuk membuka ‘war room’ di enam Parlimen susulan pindaan perlembagaan Bersatu yang diluluskan parti itu, pada Sabtu lalu sebagai persediaan di Parlimen Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Labuan, Bukit Gantang dan Tanjong Karang. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI