Program Hijrah Insaniah : Usaha Tingkat Pencapaian Anak Perak

IPOH – Tahap pendidikan anak perak dapat dipertingkatkan melalui Program Hijrah Insaniah anjuran Yayasan Perak dengan kerjasama erat Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk).

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, program berkenaan melibatkan empat buah sekolah terpilih iaitu, Sekolah Izzudin Shah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Permaisuri Bainun, SMK Raja Perempuan dan Sekolah Raja Perempuan Taayah bagi menempatkan 32 orang murid tingkatan satu luar bandar yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

Menurut beliau, program tersebut juga berupaya merapatkan jurang pendidikan murid di bandar dan luar bandar apabila persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif disediakan.

“Program ini adalah usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian anak Perak bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga sahsiah, kepimpinan dan kemenjadian murid.

“Ia juga sebagai permulaan untuk kita membantu dan menyelia anak-anak yang berpotensi dalam akademik.

“Kerajaan Negeri Perak begitu komitmen dan bersungguh-sungguh dalam memastikan agenda Pendidikan di perkasakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Hijrah Insaniah Yayasan Perak 2024, di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzudin Shah, di sini pada Selasa.

Menurutnya, murid-murid yang terpilih merupakan anak kelahiran negeri Perak yang berpotensi cemerlang dan daripada keluarga berpendapatan isirumah di Bawah RM3,000 sebulan.

Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan.

Sementara itu, Nasreen Khanum berkata, Yayasan Perak akan terus memberi sokongan memperkasakan pendidikan di Perak dan hasrat kerajaan negeri untuk berada dalam kelompok lima negeri terbaik di peringkat kebangsaan akan dapat dicapai pada tahun hadapan.

“Hasrat saya, agar Yayasan Perak dapat mewujudkan program yang memberi impak tinggi, terutamanya di dalam memberi akses dan peluang Pendidikan yang lebih baik kepada anak- anak negeri perak yang berada di luar bandar dan di bandar.

Selain itu, murid-murid tersebut akan ditempatkan di asrama sekolah harian dan mendapat tajaan segala keperluan persekolahan termasuk yuran, keperluan asrama, buku, pakaian seragam sekolah dan wang saku sepanjang tempoh 5 tahun pembelajaran.

Secara tidak langsung, program ini bukan hanya meringan beban kewangan ibu bapa malah dapat membantu para murid lebih fokus kepada pembelajaran dan mencapai keputusan yang cemerlang. – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Yayasan Perak tetapkan kriteria NGO bagi pengagihan kotak makanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI