Yayasan Perak tetapkan kriteria NGO bagi pengagihan kotak makanan

IPOH – Yayasan Perak bertanggungjawab penuh dalam meneliti segala kriteria bagi membolehkan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipilih bagi pengagihan kotak makanan kepada golongan sasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi, berkata buat masa ini pihaknya tidak terlibat secara langsung khususnya berhubung perkara tersebut.

“Mekanisme pemilihan atau penetapan (NGO) mengenai ini bukan terletak di bawah tanggungjawab pihak saya dan ia adalah kuasa Yayasan Perak.

“Cuma, saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah memang ada dimaklumkan oleh Yayasan Perak untuk menghantar nama NGO bagi proses pengagihan ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan acara penutup Pertandingan Explorasi Negeri Perak di Aeon Mall Klebang di sini, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: 

VIDEO:

MGPerak: Agihan Kotak Makanan Diserah Kembali Kepada Yayasan Perak

 

Pada 30 Sept lalu, Pengurus Pentadbiran Yayasan Perak, Mohamad Hidayat Abd Halim menjelaskan Yayasan Perak tidak akan menyalurkan bantuan kotak makanan melalui pusat khidmat ADUN selepas menerima aduan terdapat pihak tertentu yang membungkus semula serta menampal pelekat tertera logo parti politik.

Justeru, katanya, mulai Oktober pihaknya akan mengagihkan terus kotak makanan berkenaan kepada rakyat yang memerlukan dengan bantuan NGO.

Mohd Azlan berkata bagaimanapun mana-mana NGO terpilih untuk pengagihan kotak makanan ini perlu mengemaskini serta menghantar penyata akaun tahunan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bagi memastikan tidak berlaku sebarang perkara di luar jangkaan.

 

“Jika didapati ada mana-mana NGO yang diberikan kuasa untuk mengagihkan kotak makanan ini tidak melakukan perkara berkenaan maka akan ada tindakan daripada pihak RoS,” katanya.

— BERNAMA

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI