Program Khatan Perdana Masjid Panglima Kinta, santuni keluarga kurang berkemampuan

IPOH – Sudah menjadi tradisi, setiap kali cuti persekolahan akhir tahun akan dimanfaatkan ibu bapa untuk mempersiapkan anak-anak mereka menyertai upacara berkhatan beramai-ramai.

Justeru, Masjid Panglima Kinta dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Rakan Masjid Kinta Perak mengambil inisiatif menganjutkan Program Khatan Perdana untuk kanak-kanak yang berada dalam keluarga kurang berkemampuan bagi menunaikan ibadah yang disyariatkan agama Islam.

Program yang turut mendapat tajaan beberapa agensi dan swasta melibatkan itu secara tidak langsung mencerminkan peranan masjid sebagai pusat komuniti yang holistik.

Program Khatan Perdana Masjid Panglima Kinta, santuni keluarga kurang berkemampuan
Kanak-kanak hadir sebelum dikhatankan sempena Program Khatan Perdana di Masjid Panglima Kinta, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 DISEMBER 2025.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Rakan Masjid Kinta Perak, Aidirizal Kamaruddin, berkata program tersebut pertama kali dianjurkan di masjid berkenaan hasil saranan dan nasihat beberapa pihak berkepentingan.

“Program ini julung kali diadakan di Masjid Panglima Kinta. Ini menunjukkan bahawa masjid bukan sekadar tempat beribadat sahaja.

“Di masjid, kita juga boleh mengadakan buat program-program yang dapat menyatukan perpaduan ummah untuk komuniti,“ katanya ketika ditemui media di masjid berkenaan pada Khamis.

Program Khatan Perdana Masjid Panglima Kinta, santuni keluarga kurang berkemampuan
Datuk Panglima Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan ketika sesi bergambar sama peserta khatan pada Program Khatan Perdana di Masjid Panglima Kinta, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 DISEMBER 2025.

Hadir sama, Datuk Panglima Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan merangkap Pengerusi Masjid Panglima Kinta.

Dalam pada itu, Aidiriza berkata, program itu turut mendapat kerjasama beberapa penaja yang membantu pihak penganjur.

Katanya, tajaan tersebut membolehkan lebih ramai kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah menerima manfaat program berkenaan.

Program Khatan Perdana Masjid Panglima Kinta, santuni keluarga kurang berkemampuan
Pengerusi Persatuan Kebajikan Rakan Masjid Kinta Perak, Aidirizal Kamaruddin ketika ditemui pada Program Khatan Perdana di Masjid Panglima Kinta, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 DISEMBER 2025.

“Kita memang menyasarkan kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan serta mempunyai dua, tiga orang anak yang perlu dikhatankan. Dari situ, kita offer (tawarkan) kepada mereka,“ ujarnya.

Aidirizal turut menyatakan harapan supaya program khatan tersebut dapat diteruskan sebagai acara tahunan dengan sokongan berterusan daripada pihak penaja.

Program Khatan Perdana Masjid Panglima Kinta, santuni keluarga kurang berkemampuan
Gelagat kanak-kanak setelah selesai dikhatankan pada Program Khatan Perdana di Masjid Panglima Kinta, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 DISEMBER 2025.

“InsyaAllah kita berharap ia akan menjadi acara tahunan dengan pembabitan penaja. Mereka (penaja) boleh berjumpa dengan kita dan kita akan sediakan tempat seperti hari ini,“ katanya.

Mengulas mengenai penyertaan peserta, beliau berkata program itu melibatkan kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 10 tahun daripada beberapa kawasan sekitar Daerah Kinta antaranya Klebang, Chepor, Pengkalan dan Batu Gajah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

37 kanak-kanak teruja naik bas Hoho sebelum berkhatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI