PSAS komited rancakkan industri EV

TANJUNG MALIM – Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dengan kerjasama Micro Concept Tech (MCT) Sdn Bhd membangunkan modul sijil profesional sendiri iaitu latihan Persijilan Profesional Teknologi Kenderaan Elektrik (EV).

Pengarah PSAS, Mohd Zulkefli Ibrahim berkata, latihan persijilan ini telah dirangka bermula pada 15 Januari lalu dan dua modul perintis telah diperkenalkan iaitu Asas Kenderaan Elektrik dan Operasi dan Penyelenggaraan Kenderaan Elektrik.

Menurutnya, jalinan kerjasama ini juga juga turut mengorak langkah memperkenalkan industri EV kepada agensi dalam negara yang berminat untuk melaksanakan aktiviti latihan, perkongsian kepakaran dan kemahiran.

“Perkembangan pesat industri EV dunia telah menarik perhatian PSAS untuk menyokong penuh pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 (NIMP 2030) negara yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 September lalu.

“Justeru, pelbagai aktiviti dan latihan yang dilaksanakan sepanjang tahun ini antaranya termasuklah Kursus Persijilan EV kepada pensyarah Kolej Komuniti dan pelajar automotif PSAS dan Kursus Road Traffic Accident (RTA) – EV bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak.

“Selain itu, Kursus Asas Kenderaan Elektrik (Fundamental of Elektrik Vehicle) dan Kursus ‘Operation And Maintenance Electric Vehicle With Competency Assessment’ bersama Jabatan Kerja Raya Malaysia turut diadakan pada tahun ini.

“Satu taklimat ringkas kepada Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Persijilan Profesional Teknologi EV anjuran bersama PSAS dan MCT juga dilaksanakan sempena Majlis Peluncuran Transformasi Politeknik 2023-2030 pada 4 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi memantapkan kepakaran dan pengetahuan dalam industri EV, PSAS bersama rakan kerjasama strategik melancarkan program Malaysia-China Youth TVET Training.

“Program ini dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran atau lebih dikenali sebagai Belia Mahir bersama rakan kerjasama Tang Chinese Education (Tang CE) dan mendapat kelulusan Perdana Menteri pada Jun tahun ini,” ujarnya.

Mohd Zulkefli berkata, program perintis tersebut melibatkan 23 orang pelajar dan enam orang pensyarah PSAS yang diadakan di Yunnan Vocational Institute Of Energy Technology, Qujing, China pada 26 November sehingga 11 Disember lalu.

“Objektif program adalah untuk menambah kompetensi pelajar PSAS selaras dengan NIMP 2030 dengan memberi latihan dan pendedahan kepada pelajar mendapatkan pengalaman.

“Pada masa sama, pelajar dapat meningkatkan kemahiran memperbaiki dan menyelenggara EV serta memanfaatkan pertukaran teknologi dan pengetahuan berkaitan EV di peringkat antarabangsa,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Hari Komuniti Plus 2023 jadi platform pelajar PUO mendekati orang asli

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI