Razman mohon maaf, akui tersilap keluar kenyataan ‘Hannah Yeoh anak YTL’

IPOH – Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mengakui wujud kesalahan fakta yang dalam ucapannya yang mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebagai ‘anak YTL’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu berkata, sebahagian ucapan yang dibuat pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Parit pada Ahad itu berlaku tanpa sengaja.

“Saya mengakui bahawa Hanna Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL. Ia kesilapan kod yang berlaku tanpa sengaja.

“Saya menyatakan kekesalan dan pernyataan maaf kepada pihak Hannah Yeoh dan YTL serta mana-mana pihak yang terkesan atau tersentuh dengan kenyataan atas kekeliruan fakta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 19 saat memaparkan pemimpin PAS itu mengaitkan Hannah dengan dengan kumpulan konglomerat berkenaan.

“Hannah Yeoh anak orang kaya, anak YTL. YTL ini dulu Perak Hanjoong (Perak-Hanjoong Simen Sdn. Bhd)

“Kecerdikan UMNO dulu, minta maaflah, kecerdikan UMNO dulu pergi jual Perak Hanjoong ini kepada YTL. Hannah Yeoh ini anak dialah,” dakwa Razman.

Kenyataan itu bagaimanapun turut mendapat reaksi Hannah yang membidas Razman sambil mengingatkan PAS bahawa tidak semua individu bernama Yeoh mempunyai kaitan dengan YTL.

“PAS needs to know not all Yeohs are related (PAS perlu tahu bukan semua ‘Yeoh’ mempunyai kaitan antara satu sama lain),” katanya ringkas menerusi akaun X pada Isnin.

Dalam pada itu Razman berkata, beliau turut meluahkan kekecewaan dengan laporan sebuah portal berita yang menyifatkan sengaja melaporkan kesilapan berbanding kejayaan program yang dianjurkan parti tersebut.

Kata beliau, laporan berita itu hanya merujuk kepada petikan kenyataan kira-kira kurang 10 minit berbanding intipati keseluruhan ceramah lebih setengah jam.

“Program Gerak Muafakat Ummah adalah program selama tiga hari melibatkan tiga dewan utama sayap PAS dengan kehadiran keseluruhan lebih 5,000 orang.

“Ucapan saya yang dipetik portal berita itu adalah ayat yang bukan isi utama apatah lagi ceramah tersebut menampilkan tiga tokoh utama

“Saya mengharapkan isu ini di fahami dengan penjelasan yang saya berikan. Saya juga menyeru pemberitaan berbentuk menajamkan intelek rakyat dan bukan menajamkan permusuhan dalam kalangan rakyat,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Saya maafkan Razman’ – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI